Geli tapi lumayan

Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my


TEKUN: Shamsila (kiri) dan Ayu menyediakan proses untuk membuat baja daripada ternakkan cacing di Banting Selangor

Dua wanita usahawan tani rela gelumang dengan cacing

SHAMSILA Sharudin, 34, dan Ayu Fazira Awang, 31, adalah antara usahawan wanita yang memberanikan diri menceburi bidang baru membabitkan penternakan cacing. Walaupun masih baru, kedua-dua ibu tunggal ini yakin bahawa bidang yang diterokai dapat mengubah kehidupan dan masa depan. Jika tidak hari ini, mungkin suatu hari nanti.

Berpegang kepada keyakinan dan semangat itulah, Shamsila mahupun Ayu tekad untuk melepaskan kerjaya masing-masing serta menumpukan sepenuh masa dalam bidang penternakan dengan menganjurkan kursus penternakan cacing bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan menceburi bidang itu secara komersial.

“DULU memanglah geli... Dengar perkataan cacing pun sudah berasa geli geleman dan jika hendak makan mi, memang tidak jadi dan terus batalkan niat itu. Tetapi kini tidak lagi sebab sudah biasa. Kalau sedang makan dan cacing di sebelah pun tidak menjadi hal,” kata Ayu Fazira Awang sambil ketawa mengingatkan pengalaman lima tahun lalu.

Rakannya, Shamsila Sharudin yang duduk di sebelah turut berderai ketawa mengimbas kenangan itu. Bagaimanapun, katanya berbeza dengan Ayu, walaupun ketika itu berasa geli dan kotor, hati teruja untuk cuba memegang sendiri dengan tangan sekurang-kurangnya seekor cacing pun jadilah.

“Memanglah nampak kotor, tetapi namanya pun pergi kursus menternak cacing, kalau tidak cuba kita juga yang rugi. Penat dan membuang masa saja. Bagaimanapun, pendedahan awal yang diperoleh dalam kursus itulah juga yang memberi idea kepada kami untuk menjalankan perniagaan berasaskan bidang penternakan cacing,” katanya.


TEMPAT ternakkan cacing usahasama Shamsila Sharudin (kiri) dan Ayu Farita di Banting.

Walaupun cuma menganjurkan kursus penternakan, mereka akui perlu melengkapkan diri dengan apa saja pengetahuan berkaitan cacing termasuk ‘bergelumang’ dengan dunia cacing yang mungkin orang anggap kotor dan menggelikan. Ini termasuklah, memegang, mengetahui jenis cacing, proses pembiakan, apa yang dimakan dan sebagainya.

“Untuk memberi makan cacing misalnya, selain hampas tebu, sekam padi dan dedak ia turut membabitkan kotoran lembu, kambing dan juga buah-buahan atau apa saja bahan yang sudah busuk. Bagi melakukan tugas itu kami kena buang rasa geli dan kotor serta buat tidak tahu semua itu. Ini kerana kami tahu hasil penternakan cacing lumayan dan jika hendak sesuatu serta berbaloi, kami mesti lakukan,” kata Ayu yang pernah bekerja di bahagian tempahan tiket di sebuah syarikat penerbangan utama di negara ini.

Shamsila yang pernah menjawat jawatan eksekutif akaun di sebuah firma pula berkata, semuanya tidak pernah dirancang dengan teliti, tetapi mungkin sudah ditakdirkan pintu rezeki mereka murah, sekali gus memberi ruang untuk menceburi sesuatu yang baru.

Katanya, dulu mereka aktif menyertai persatuan ibu tunggal dan menerusi pembabitan dengan persatuan itulah mereka mendapat peluang mengikuti kursus pertama menternak cacing. Selepas tamat mengikuti kursus, minat mereka bercambah dan mengambil inisiatif meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dengan syarikat penternakan pertanian ternakan dan pengeluaran produk cacing, Parkman Agro Resources.



KOMERSIAL: Antara produk yang boleh dihasilkan melalui penternakan cacing.

Namun, apa yang lebih menarik minat mereka ialah apabila mendapat tahu bahawa industri penternakan cacing satu industri yang hebat sehingga mampu memberikan pendapatan lumayan dan mudah jika dijalankan dengan betul.

Berdasarkan fakta, cacing tanah termasuk dalam kategori haiwan hermafrodit iaitu iaitu haiwan yang memiliki dua alat kelamin, jantan dan betina, tetapi untuk proses pembiakan dua cacing diperlukan. Umumnya, 100 ekor cacing tanah dapat menghasilkan 10,000 ekor cacing dalam tempoh setahun.

“Bagi hasil pendapatan dengan pengeluaran modal sebanyak RM5,600, seseorang itu boleh mencapai pendapatan bersih sebanyak RM24,000 setahun. Itu hanya mengambil kira hasil pendapatan melalui penternakan cacing saja dan tidak termasuk pengeluaran baja cacing yang mana lebih lumayan serta mungkin lebih berlipat ganda lagi,” kata Shamsila teruja.

Anjur kursus ternakan cacing

Namun, kedua-duanya yang bercita-cita menjadi usahawan pertanian ternakan dan pengeluaran produk cacing secara komersial mengakui, belum mempunyai cukup modal untuk ke arah itu. Lalu, dengan kerjasama Parkman Agro Resources dan syarikat yang mereka tubuhkan, Rafflesia Enterprise sejak lima tahun lalu, Ayu dan Shamsila menganjurkan kursus Budidaya Cacing bagi melahirkan usahawan yang berpengetahuan, mahir serta berdaya saing secara berterusan.

Bagaimanapun, kursus dianjurkan syarikat mereka bukanlah ingin mengaut keuntungan semata-mata, sebaliknya turut diagihkan untuk sumbangan amal seperti kepada Rumah Amal Limpahan Kasih, rumah kebajikan Nur Cahaya dan juga ibu tunggal dan anak yatim yang dikenal pasti. Selain bermatlamat untuk membantu golongan tidak bernasib baik ia juga menjadi prinsip kedua-dua wanita muda ini untuk memanjangkan sedekah daripada setiap hasil pendapatan diperoleh demi mendapat keberkatan.

Beralih mengenai penternakan cacing, Shamsila berkata, pengetahuan mengenai bidang itu di Malaysia boleh dikatakan agak relatif. Padahal di Malaysia, cacing sudah dikenali sejak zaman nenek moyang kita lagi. Mereka menggunakan cacing sebagai ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan juga memperbaiki suara agar lebih halus dan sebut. Melalui kajian yang sering dilakukan turut terbukti bahawa manfaat cacing ternyata sangat banyak.

“Jadi, jika anda melihat jumlah cacing yang banyak, berselirat dan menggeletik lupakan seketika rasa geli dan kotor, tetapi bayangkanlah kegunaan serta nilai lumayannya. Seperkara lagi, mungkin ada yang tidak percaya bahawa cacing boleh memberikan sumber pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Ayu yang sependapat berkata, di negara seperti Amerika, Filipina, Jepun, Taiwan serta beberapa negara Eropah, cacing sudah banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat ubat, kosmetik, pengurai sampah bahkan sebagai makanan manusia. Sementara di Malaysia, katanya penternakan cacing (budidaya cacing) masih baru dan belum dikenal luas. Begitu juga penggunaan dan manfaatnya juga masih terbatas.

Beliau mengakui, kursus dua hari penternakan cacing secara teori dan praktikal yang dianjurkan sejak setahun lalu itu mendapat sambutan ramai dan peserta yang menghadirinya daripada pelbagai golongan seperti pesara, profesional, graduan serta suri rumah.

Katanya, kursus dianjurkan itu boleh dijadikan panduan dan laluan untuk menjadi usahawan berjaya kerana mendedahkan pelbagai aspek seperti meningkatkan kebolehan serta pengetahuan mengenai manfaat dan kegunaan hasil daripada cacing, di samping memahirkan diri dengan teknik ternakan budi daya cacing. Selain itu, kursus berkenaan turut mengajar kemahiran mengenai selok belok jenis perusahaan yang diceburi dan membimbing peserta menjadi usahawan termasuk dari segi pemasaran, modal kewangan serta banyak lagi.

“Penternakan cacing pada dasarnya sangat mudah kerana ia dapat memanfaatkan bahan buangan yang sedia ada untuk kegunaan tempat pembiakan atau makanan cacing selain tidak mempunyai risiko jangkitan penyakit. Potensi bidang ini juga besar, malah pada masa kini permintaan baja cacing khususnya amat tinggi. Oleh itu, jika ada yang berminat meneroka bidang baru ini, khususnya wanita digalakkan menyertai kursus yang kami anjurkan,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

NadiBiz: Nurmie rancang ke pasaran global

Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my


Umi Kalsom tidak putus asa walaupun pernah kerugian puluhan ribu ringgit


BELIAU dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di Kampung Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor.Namun, kemiskinan itu banyak mengajar Umi Kalsom Tulos, 44 mengenai erti kehidupan sebenar. Kesusahan juga menjadi pembakar semangat kepada anak sulung daripada tiga beradik ini untuk bekerja keras bagi mengubah nasib keluarga.Selepas mendirikan rumah tangga, kehidupannya masih juga tidak berubah dengan terus dihimpit masalah kesulitan wang. Disebabkan hanya bersekolah hingga tingkatan lima, maka peluang mengubah kehidupan keluarga hanyalah dengan berniaga.Justeru, Umi Kalsom nekad berniaga kecil-kecilan sebagai penjual produk kesihatan dan kecantikan di sekitar Sekinchan tanpa pengetahuan suami dengan membawa kedua-dua anaknya.

PASARAN TEMPATAN: Umi Kalsom menunjukkan sebahagian produk syarikatnya.

Ketika itu, mahu mendaftar yuran pendaftaran sebagai ejen sebanyak RM20 pun saya tidak ada. Tapi saya bernasib baik kerana penaja produk itu mendahulukan bayarannya.Ketika berniaga, saya akan meletakkan anak saya dalam raga basikal dan seorang lagi di belakang. Jika bertembung dengan kawan sekolah, saya akan bersembunyi kerana malu.Namun lama kelamaan saya pun berfikir, kenapa saya perlu melarikan diri sedangkan apa yang saya lakukan adalah untuk mengubah nasib keluarga,� katanya yang kini adalah Pengarah Urusan Nurmie Marketing Sdn Bhd.Nurmie Marketing Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2005 adalah pengeluar dan pengedar produk makanan serta minuman seperti kordial buah-buahan, makanan industri desa serta minuman kesihatan.

GIGIH: Umi Kalsom dianugerah Usahawan Industri Desa Harapan.

Umi Kalsom berkata, pengalaman sebagai ejen jualan langsung banyak memberi kekuatan dan keyakinan. Apa yang penting ialah bagaimana jurujual itu membawa dirinya.Katanya, ini kerana pelanggan akan melihat keyakinan diri dan penyampaian jurujual itu terlebih dulu seblum meyakini produk yang dijual.Selama bekerja dengan syarikat jualan langsung, saya dibawa melawat lebih 20 negara. Saya juga belajar bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan bahasa antarabangsa itu.Saya mendapat jualan dan bonus yang tinggi dari syarikat jualan langsung berkenaan memandangkan saya berjaya membina rangkaian penjual yang ramai di bawah saya,� katanya.Pada 1998, beliau menyertai kursus Latihan Pembentukan Usahawan anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sewaktu kegawatan ekonomi itu beliau menubuhkan Nurmie Enterprise, gabungan nama kedua-dua anaknya, dengan modal RM50,000.
Ketika itu, katanya, beliau membeli formula minuman kordial daripada seorang pengusaha yang mahu menutup perniagaannya pada RM25,000.


Pengusaha itu mengajar saya cara membancuh sembilan jenis kordial. Malangnya, tindakan itu menyebabkan minuman dalam botol meletup.Ketika itu, kilang sudah memproses lebih 90,000 botol kordial selain bagi memenuhi tempahan daripada pelanggan.Saya kerugian berpuluh ribu ringgit. Malah pengusaha kordial berkenaan juga menghilangkan diri,� katanya sambil menambah beberapa syarikat lain juga tidak menjelaskan bayaran tempahan yang dianggarkan lebih RM1 juta.Langit tidak selalunya cerah. Pada 2001, beliau terpaksa menutup operasi perniagaannya sebelum bangkit semula pada 2005.Selepas mengerjakan umrah bersama keluarga, beliau tekad membangunkan semula perniagaan. Tanpa diduga rezekinya datang mencurah apabila mendapat permintaan produk yang tinggi daripada pasar raya besar dan agensi kerajaan.Kini, Nurmie Marketing mengeluar dan memasarkan lebih 20 jenis biskut serta makanan ringan, kordial minuman dan kopi kesihatan untuk pasaran tempatan selain dieksport ke Singapura, Brunei dan Indonesia.Semua produk diproses dan dikeluarkan menerusi tiga kilang miliknya di Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam yang dibeli pada harga lebih RM1 juta.

Umi Kalsom turut dianugerahkan Usahawan Industri Desa Harapan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sempena Malam Anugerah Usahawan Industri Desa 2007, baru-baru ini.Beliau yang juga Pengerusi Biro Peruncitan, Pemborongan dan Francais Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, berkata untuk menjadi seorang usahawan memerlukan minat mendalam, kemahiran dan keikhlasan serta berpegang teguh kepada prinsip tidak mudah mengalah dalam apa juga keadaan menimpa sekalipun.


Perluas eksport ke pasaran Afrika Selatan, Kanada

NURMIE Marketing Sdn Bhd merancang memperluaskan eksportnya dengan meneroka pasaran negara di Asia Barat, Afrika Selatan, Vietnam dan Kanada menjelang akhir tahun ini.Pengarah Urusannya, Umi Kalsom Tulos berkata, produk syarikat itu kini sudah menembusi pasaran Indonesia, Brunei dan Singapura yang menyumbang kira-kira 15 peratus kepada pendapatan syarikat berkenaan.Katanya, beliau yakin sumbangan pasaran eksport kepada pendapatan Numie Marketing mampu meningkat kepada 30 peratus apabila ia mula mengeksport produk utamanya, seperti kordial dan makanan desa ke negara sasaran.Ketika ini, kami mengeluarkan lebih 100,000 produk makanan dan minuman untuk pasaran tempatan dan antarabangsa berdasarkan permintaan pelanggan dan yakin ia meningkat sehingga 500,000 menjelang akhir tahun ini,� katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.Umi Kalsom berkata, syarikat itu mensasar meningkat jualannya lebih sekali ganda kepada kira-kira RM5 juta tahun ini berbanding RM2 juta tahun lalu menerusi permintaan eksport serta tempahan biskut raya sempena Aidilfitri ini.

Katanya, syarikat memperuntukkan kira-kira lima peratus daripada pendapatannya setiap tahun bagi melaksanakan aktiviti pengiklanan dan promosi khususnya menjelang musim perayaan.
Malah, kami juga akan meningkatkan rangkaian ejen Nurmie di sekitar Lembah Klang dari 100 sekarang kepada 1,000 orang menjelang akhir tahun ini dengan disokong oleh 500 ejen di seluruh negara,� katanya.

INFO
  • Nurmie adalah syarikat pengeluar dan pembekal jus buah-buahan seperti kiwi, mangga, durian belanda, nanas dan anggur. Bagi produk kesihatan ia termasuk Soy Collagen White Coffee dan berasaskan kacip fatimah dan manjakani.


  • Selain biskut seperti tat nanas, almond London dan short bread caremel, Nurmie turut memasarkan produk kegunaan harian termasuk serbuk pencuci dan syampu badan.


  • Nurmie juga adalah antara syarikat berjaya menerusi program Laluan Jutawan Majlis Amanah Rakyat (Mara).


  • Ia mempunyai lebih 100 ejen di seluruh negara dan 500 rangkaian pengedar di seluruh negara.
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Irfan Khairi Jutawan Cyber ... bukannya khairi A Rahman... ..

    ikshaz.jpgSelalunya saya je yang masuk majalah. Tetapi, keluaran Feminin & Famili bulan ini, isteri saya, Shazrina juga turut keluar sama. Bagi yang pernah ke Workshop Jutawan Internet, mungkin pernah terjumpa.

    Bagi anda yang belum pernah jumpa isteri saya, inilah orangnya, my other half! :) Ramai kata kami nampak serupa… kalau saya pakai tudung, serupa lah kut :)

    Tip hari ini, daripada Dr Thomas Stanley penulis buku The Millionaire’s Mind, yang menyenaraikan bahawa, antara top 5 ciri-ciri seorang jutawan adalah mempunyai pasangan yang memahami & sering memberi sokongan.

    Saya amat setuju! Tanpa isteri saya Shazrina, tiadalah saya mencapai kejayaan tahap ini :)

    So, bagi anda yang sudah berumah tangga membaca ini, beri 100% unconditional sokongan kepada pasangan anda sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan atau berusaha untuk mencapai apa sahaja kejayaan. Tanpa sokongan pasangan hidup, memang amat payah untuk mencapai kejayaan.

    ogymag.jpgBagi anda yang ingin tahu cerita lebih lanjut mengenai saya & isteri, boleh dapatkan majalah Feminin & Famili bulan ini dari kedai mamak (iklan!). Gambar depan Kak Ogy Ahmad Daud & anaknya.

    Talking about Kak Ogy, tak lama lagi saya akan umumkan satu project terbaru kak Ogy yang juga melibatkan saya. Apa dia? Biarlah rahsia…. sedikit clue: Satu lagi langkah saya dalam arena motivasi! Tungguuu… very interesting!

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Segan letak harga!

    pricetag.jpgSatu masalah yang saya sering lihat di kalangan usahawan baru Malaysia adalah… segan letak harga :)

    Contoh, bila bakal pelanggan tanya pada usahawan, harga untuk perkhidmatan, jawapannya “Takpe lah… sikit-sikit je. Berapa pun boleh…”. Apabila usahawan mempunyai produk baru untuk di jual, nak letak harga pun segan. Sehingga meletakkan harga pada paras yang minimum (lepas kos sahaja).

    Adakah anda dikalangan mereka yang segan meletak harga apabila ditanya?

    Soalan saya, agak-agaknya, kenapa begini? Kenapa masyarakat kita segan letak harga untuk produk & perkhidmatan kita? :)

    Juga, macam mana nak hilangkan rasa segan silu tersebut oleh kerana segan letak harga sebenarnya akan memakan perniagaan sendiri.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Menetapkan harga

    Menetapkan harga bagi produk anda adalah antara strategi terpenting dalam perniagaan. Terdapat 4 komponen dalam strategi pemasaran iaitu, Product, Place, Price dan Promotion.

    Namun, seringkali HARGA (Price), tidak di ambil endah oleh peniga. Kebanyakan akan mengambil keputusan meletakkan harga yang rendah untuk bersaing.

    Perlu diingat bahawa, meletakkan harga yang rendah sememangnya boleh menarik pelanggan. Tetapi, ia juga menarik pesaing anda untuk turut merendahkan harga dan terjadinya perang harga.

    Akibat perang harga, keuntungan akan berkurang. Ini mengakibatkan dana untuk promosi juga berkurangan. Dana untuk promosi adalah amat penting dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Merendahkan harga produk atau perkhidmatan anda akan meyukarkan proses mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

    Daripada bersaing dengan mengurangkan harga, lebih efektif anda tambahkan nilai produk atau perkhidmatan anda… kemudian, duduk dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Harga melewatkan kerja (procrastinate)

    Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

    Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari Tip Satu Minit ini, atau dari buku, atau dari majalah… adakah anda terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)

    Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

    Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

    Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

    Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang! (Post: September 2006- “Baca Jangan Tak Baca”)

    books.jpgTip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.

    Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

    Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

    Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan… 100 buku lagi!

    Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM2,000-RM3,000 extra income online secara part time melalui perniagaan Internet (side income)? Saya rasa tidak.

    Dengan extra RM2,000-RM3,000 setiap bulan, tidakkah ia membantu dalam keadaan harga minyak & barangan semakin naik ini? Saya rasa ya.

    Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya “the silent killer”.

    Post kali ini, panjang sikit (mungkin tip 2 minit kut) :) adalah untuk anda fikir sejenak. 3 tahun lepas… 2 tahun lepas… 1 tahun lepas… atau tahun ini.

    Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan “the silent killer” ini dan tidak melakukan apa-apa?

    Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus melewat-lewatkan kerja dimana kita sendiri tahu ia adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

    Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat ’surprise’ pada orang yang tersayang? atau apa sahaja… (tak semestinya berkaitan dengan wang je) :)

    Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Think about it ;)

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan

    Pertanyaan yang sering timbul apabila ingin memulakan perniagaan ialah peluang-peluang perniagaan yang ada dan boleh dilaksanakan. Pertanyaan ini sukar untuk dijawab kerana pelbagai pertimbangan harus difikirkan. Walau bagaimanapun bagi seorang usahawan yang kreatif dan inovatif, peluang-peluang perniagaan akan wujud jika kebolehan semula jadi yang ada pada dirinya digunakan dengan sebaik mungkin dan akan menyiapkan kaedah menyediakan rancangan perniagaan dengan terlebih dahulu.

    Peluang perniagaan ialah suatu keadaan atau situasi dalam perniagaan yang memberi kesempatan kepada seseorang individu untuk mendapatkan sesuatu manfaat. Peluang perniagaan wujud dan boleh dicari jika usahawan peka dan bertindak dengan segera. Sekiranya lambat bertindak maka terlepaslah peluang tersebut.

    Peluang perniagaan bermula apabila wujudnya permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Oleh itu untuk menentukan serta mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang bersesuaian, kita perlu memadankan peluang-peluang tersebut dengan kebolehan dan kemampuan diri serta sumber-sumber yang ada pada diri kita.

    Secara amnya, analisis peluang-peluang perniagaan boleh dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:

    Pengalaman

    Bagi yang pernah bekerja, peluang-peluang yang didapati ialah dalam bentuk pengalaman kerja yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau pengetahuan menyeluruh yang berorientasikan perniagaan. Contohnya Encik Ramly, seorang pengusaha burger yang pada mulanya mendapat pengalaman bekerja sebagai pekerja pemasaran, jualan dan hubungan dengan pelanggan dan pembekal. Kini dia dikenali sebagai seorang usahawan berjaya yang mengasaskan perusahaan Ramly Burger.

    Persekitaran

    Disamping itu juga, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting di dalam menyediakan peluang-peluang perniagaan. Pengamatan dan pemerhatian tentang persekitaran akan memberi ilham kepada usahawan untuk mencipta keluaran atau perkhidmatan baru yang bertujuan memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna.

    Pemerhatian terhadap fungsi dan faedah sesuatu barang dan perkhidmatan akan membolehkan usahawan memikirkan bagaimana dapat memperbaikinya dari segi kos, penjenisan, reka bentuk, cita rasa, saiz dan juga prestasi. Contohnya, pembotolan atau pembungkusan minuman diubahsuaikan dan diperlbagaikan untuk cara pengunaan yang berlainan sama ada untuk dirumah, hidangan di restoran, berkelah atau ketika dalam perjalan menuju ke sesuatu tempat.

    Perkembangan Dan Perubahan Ekonomi

    Perkembangan dan perubahan ekonomi dan sosial boleh menimbulkan peluang-peluang perniagaan yang baru. Perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan meleset kepada keadaan yang baik, boleh membuka banyak peluang perniagaan sejajar dengan perkembangan di dalam sektor ekonomi seperti kewujudan industri pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, peruncitan dan pertanian. Contohnya, kesan daripada Perang Teluk yang berlaku sedikit masa dahulu membuka peluang-peluang perniagaan dalam industri membuat topeng gas dan alatan untuk memadam kebakaran minyak yang berlaku di negara-negara seperti Iran, Syria dan Kuwait.

    Perubahan Dan Perkembangan Teknologi

    Perubahan teknologi juga boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan dimana pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran dihasilkan pada kos yang lebih rendah dan membuka pasaran yang lebih luas.

    Selain daripada itu, maklumat formal juga dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan. Dalam konteks ini media massa memainkan peranan memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kebiasaannya media massa, sama ada media cetak atau elektronik, mempunyai ruangan khusus untuk menyiarkan maklumat mengenai dunia perniagaan yang membolehkan kita, secara tidak langsung, mengikuti perkembangan pelbagai bidang usaha niaga. Melalui maklumat ini kita boleh memilih bidang perniagaan yang bersesuaian dengan diri sendiri.

    Masalah Semasa Pengguna

    Pengguna, pengeluar dan pembekal juga boleh memberi maklumat untuk mengenali peluang-peluang perniagaan. Pengguna boleh menyumbangkan cadangan tentang keperluan-keperluan mereka dan seterusnya maklum balas daripada penggunaan ini boleh dijadikan asas untuk mengkaji peluang yang baru. Pengeluar dan pembekal pula boleh memberikan pandangan tentang peluang-peluang perniagaan berasaskan barang-barang yang mereka keluarkaan ataupun yang diedarkan.

    Kreativiti dan Daya Cipta (Kebolehan Diri)

    Penciptaan dan pembaharuan juga merupakan kemahiran penting yang harus dimiliki oleh usahawan untuk menghasilkan peluang-peluang perniagaan. Walau bagaimanapun bukan semua pencipta adalah usahawan. Pencipta mungkin mempunyai kebolehan menghasilkan idea penciptaan tetapi tidak mempunyai kemahiran keusahawanan dan pengurusan. Sebaliknya orang lain yang mempunyai kemahiran keusahawanan menguruskan idea penciptaan tersebut. Oleh itu, gabungan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran keusahawanan untuk menghasilkan ciptaan baru akan melahirkan satu peluang perniagaan yang menguntungkan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments