Bimbing usahawan daging.


selepas berjaya sebagai penternak, nordin mat berusaha membimbing usahawan membangunkan outlet yang

Setelah berjaya dalam bidang penternakan kambing Boer, melibatkan diri dalam membangunkan usahawan ternakan serta kedai berasaskan daging, kini Nordin Mat melangkah setapak lagi dengan memulakan kursus perniagaan kedai daging secara komersial.Selaku Pengarah KMJ Supplies Sdn. Bhd., Nordin berkata, kedai daging dengan jenama Perfect Fresh & Frozen telah mula mengadakan kursus setiap bulan bagi yang berminat memulakan perniagaan kedai daging mereka sendiri.

“Program yang lepas adalah dengan kerjasama dengan Mara berkonsepkan mentor mentee dengan Perfect Fresh & Frozen bertindak sebagai mentor.

“Di bawah Program Usahawan Bumiputera MARA, seramai 50 peserta telah disaring sebelum memilih 10 orang dan daripada itu hanya lima orang telah dipilih untuk memulakan kedai mereka masing masing,” katanya ditemui semasa sesi latihan kursus memulakan kedai daging secara komersial di premisnya di Kajang, Selangor.Katanya, ini merupakan salah satu cara untuk mentee membangunkan sebuah kedai daging dengan bantuan mentor.“Sebagai mentor, kami memberikan komitmen dari A hingga ke Z, bermula dengan bagaimana untuk memulakan sehingga menjalankan perniagaan,” katanya.

Nordin menambah, kedai daging ini dijangka akan dapat membantu individu yang terlibat dalam penternakan memandangkan outletnya menjual pelbagai jenis produk seperti daging kambing, lembu, rusa, arnab, burung unta, burung puyuh, ayam kampung dan sebagainya.

Kursus berkenaan mengambil masa tujuh hari menggunakan tenaga pengajar profesional bagi memantapkan lagi kefahaman peserta.“Mereka juga digalakkan menjalankan trial and error sendiri sehingga mereka benar-benar boleh menyelesaikan masalah mereka sendiri,” katanya.Peserta juga akan diajar melayan pelanggan dengan memberikan seberapa banyak banyak maklumat mengenai potongan daging, kesesuaian dan juga resipi.Pelanggan juga diberikan tip memilih serta penjagaan daging serta masakan yang sesuai.Cara ini bukan saja dapat menambahkan pengetahuan pelanggan tetapi juga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk datang lagi ke kedai berkenaan.

Apa kata peserta

Bertugas sebagai kontraktor selama 22 tahun, Hasnul Badaruddin, 42, melihat industri makanan mempunyai potensi yang besar semasa ambang kemelesetan ekonomi.“Saya telah menjalankan tinjauan di Taman Permata, Hulu Kelang dan Bandar Sri Damansara dan mendapati permintaan terhadap produk makanan adalah tinggi.“Selain ini industri berkenaan juga mengeluarkan produk berasaskan daging yang suci, sihat dan halal,” katanya yang bercadang untuk membuka kedai daging di Taman Permata menjelang Mac ini.Beliau yang datang menjalani kursus berkenaan dengan anak perempuannya, Siti Norsalsabila, 18, berkata, kursus yang diikuti akan menjadi galakan untuk anaknya memulakan perniagaan.

Sementara suri rumah, Norainon Aiman, 39, mendapat dorongan suami bagi menghadiri kursus berkenaan.“Pada mulanya saya tidak berminat untuk membuka kedai daging tetapi selepas diberikan pendedahan barulah hati saya terbuka,” katanya.Beliau menambah, latihan yang disertai memberikan banyak ilmu yang bermanfaat mengenai keratan daging.“Buat masa ini saya amat yakin dan merancang untuk membuka kedai di Shah Alam selewat-lewatnya Mac ini,” katanya yang tinggal di Beranang, Selangor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Azlina bantu wanita lain gapai kejayaan


Dari kiri: Azlina Che Abdulah, Badrul Azhar Abdul Rahman, Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Tuanku Nur Zahirah, Rosmah Mansor, Wanita Ikon 2007, Datin Normaziah Sheikh Mohamad, Rafidah Aziz dan Tengku Rozaidar Zainol Abidin pada majlis Anugerah Ikon 2008.

MEMULAKAN usaha atau perniagaan di saat dunia sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi global seperti sekarang, bagi sesetengah orang mungkin satu percaturan yang kurang bijak.

Namun, jika benar wujud kesungguhan dalam diri untuk berjaya dan tidak mengalah pada apa juga keadaan kejayaan bukan sesuatu yang mustahil.

Inilah juga yang berjaya dibuktikan usahawan wanita terkenal, Datuk Azlina Che Abdullah, 42, apabila tidak gentar memulakan perniagaan kala Malaysia teruk dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998. Hasilnya, kejayaan demi kejayaan berjaya digapai wanita tersebut sehingga kini mampu meletakkan dirinya sebaris dengan jutawan kosmetik tempatan yang lain.

Bagi Pengarah Urusan D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd. itu, kejayaan hadir bukan disebabkan pertolongan orang lain, tetapi diri sendiri yang berperanan menentukan ke mana arah tujuan yang dimahukan.Tidak dinafikan, selalunya peluang kejayaan akan berada dalam satu ruang yang sempit dan seandainya wanita sedar dirinya sedang berhadapan dengan kesempitan, ia perlu menjadikan halangan itu sebagai titik tolak untuk memperkasakan diri.Prinsip beliau mudah, orang yang bijak akan sentiasa mencari cara atau jalan untuk berjaya, sedangkan orang yang gagal pula sibuk mencari alasan.Atas semangat itu, setelah hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan, Azlina bersama suami, Datuk Stapa Omar berjaya menerajui beberapa syarikat besar antaranya D'Navechee, De Classic Life (DCL) DAS Travel, Nasi Dagang Ulik Mayang dan DCL Manufacturing.Lebih membanggakan, beliau tidak hanya berpeluk tubuh melihat wanita lain dihimpit kemiskinan. Sebaliknya, Azlina memberi peluang kaum Hawa menjana kehidupan mereka melalui perniagaan tanpa bergantung harap pada suami.

Atas ciri-ciri kepimpinan yang mengalir dalam dirinya, selain membantu memberi sumbangan besar kepada golongan wanita, Azlina mencipta satu lagi kejayaan apabila dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2008 menewaskan tujuh finalis lain pada majlis Malam Gala Anugerah Wanita Ikon 2008 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hujung minggu lalu.Beliau yang anggun menggenakan gaun malam rekaan Iszal Ismail dari Butik Citra, menerima anugerah tersebut daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Hasil kemenangan itu, Azlina membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 tajaan Jakel, trofi sumbangan LangkawiCrystal, pakej percutian ke Perth, Australia bernilai RM5,000 tajaan Utusan Travel & Tours dan hadiah iringan lain.Berkongsi kegembiraan, wanita bersemangat waja itu menyifatkan kemenangan tersebut meletakkan dirinya sebagai wakil kepada wanita-wanita lain untuk mencipta satu gagasan baru dalam memartabatkan maruah wanita agar lebih cemerlang dan berani untuk ke hadapan."Jangan sesekali beranggapan apabila diri bergelar wanita, kita mempunyai sifat-sifat yang lemah. Banyak wanita berjaya lain dan pemimpin negara wanita yang boleh dijadikan contoh."Malah, andai saya tidak memiliki anugerah Wanita Ikon ini saya tetap merasakan diri saya ikon kepada pekerja saya, wanita-wanita lain yang merupakan rakan niaga dan juga diri sendiri.

"Wanita Ikon di mata saya adalah mereka yang mempunyai keperibadian tinggi, disenangi, tidak sombong, berakhlak mulia, banyak membantu dan menyumbang kepada masyarakat, negara serta agama," katanya.Menceritakan kepayahannya, Azlina memberitahu, matlamatnya ketika memulakan perniagaan adalah untuk bekerja kuat demi membalas jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan beliau, selain berazam untuk tidak meninggalkan sebarang kemiskinan kepada anak-anaknya.Biarpun memulakan perniagaan dengan membuka syarikat jualan langsung tanpa modal yang banyak dan bantuan orang lain termasuk institusi perbankan, Azlina dan suami tetap meneruskan usaha berbekalkan keberanian, keazaman dan keyakinan diri yang tinggi.

Memandangkan kala itu sedang berlaku krisis ekonomi, Azlina bijak berperanan dalam memastikan perniagaan terus bertahan. Untuk itu, beliau memastikan duit tidak dibelanjakan sewenang-wenang termasuk sanggup menahan keinginan untuk bergaya mewah selama tujuh tahun."Semua itu saya lakukan untuk memastikan keuntungan yang diperoleh disalurkan pada perkara perlu seperti sewa bangunan, gaji pekerja dan modal pusingan syarikat."Setelah semuanya berjalan baik, tujuh tahun selepas itu barulah saya dapat merasai wang hasil titik peluh sendiri untuk merealisasikan segala keinginan," ujarnya. yang sentiasa memastikan dirinya bebas daripada sifat putus asa, berdendam dan tekanan.Pada majlis tersebut juga Pengarah Urusan Leesa Formula, Che Muna Din turut dipilih memenangi Anugerah Wanita Waja manakala Ketua Pegawai Eksekutif Nineteen O One (1901), Tengku Rozaidar Tengku Zainol Abidin terpilih mengenggam Anugerah Wanita Dinamik.

Calon lain yang turut bersaing merebut gelaran Wanita Ikon anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. itu adalah Pengarah RZ Motivation (Zhulian), Dr. Rosnani Sabtu; Pengarah Urusan Idaman Pharma, Farshila Emran; Pengarah Urusan NK Laboratories, Norazah Khamis @ Atan; Pengarah Eksekutif Berani Guard, Saliza Abdullah dan Presiden Kumpulan Syarikat Eurofine, Ida Rahayu Md Noor

Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz pula dianugerahkan sebagai Tokoh Wanita Ikon 2008 berdasarkan jasa dan sumbangan besar beliau terhadap kemajuan wanita dan negara.Turut hadir dalam majlis penuh gilang-gemilang itu, isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarah Majalah, Utusan Karya, Badrul Azhar Abdul Rahman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Modal' bantu remaja majukan diri


pelatih diajar cara memotong rambut dengan pengawasan pengajar bertauliah.

TUJUANNYA cuma satu iaitu membantu golongan remaja, ibu tunggal, bakal pesara dan yang keciciran dalam pelajaran untuk mendapatkan kemahiran yang boleh digunakan sebagai 'modal' dalam memajukan diri sekali gus menjadi usahawan yang berjaya.Sememangnya niat ini begitu mulia bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, walaupun tanpa pelajaran tinggi tetapi mempunyai kemahiran yang boleh membuka jalan ke arah kerjaya yang lebih gemilang.

Ini merupakan objektif utama penubuhan Aimi Management and Trading pada 29 Julai 2002 di Taman Keramat, Kuala Lumpur oleh pengasasnya yang juga pasangan suami isteri, Omar Taib, 57, dan Azizah Omar, 49.

Omar yang berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia menggerakkan pengendalian kursus pengurusan dan keusahawanan sementara Azizah yang berpengalaman selama 25 tahun sebagai pengusaha salon memberi tumpuan dalam bidang vokasional rambut, kecantikan dan fesyen pakaian wanita.Kedua-duanya mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam mengendalikan kursus pengurusan, keusahawanan dan vokasional.Bagi kemahiran vokasional khususnya bidang dandanan rambut, kecantikan dan pereka fesyen wanita, Aimi Management memperoleh kontrak dengan lebih 300 majikan di seluruh negara bagi tujuan latihan industri.Kata Omar, sehingga sekarang, Aimi Management telah melatih hampir 1,000 orang pelajar. Hampir semuanya memperoleh pekerja di pusat kecantikan dan spa serta ada yang menjadi usahawan dengan membuka pusat kecantikan sendiri.

''Kami bangga dengan lulusan kami yang telah mendapat kepercayaan banyak majikan sehingga ada yang sanggup menawarkan antara RM500 hingga RM1,000 sebulan semasa latihan industri dan sebaik sahaja tamat kursus. Bahkan ada yang menjadi pengajar kepada agensi kerajaan dan pusat kecantikan yang lain.''Dengan kejayaan itu, kami telah diberi tanggungjawab untuk melatih 480 orang anak peneroka Felda .''Di samping itu, kami turut mengadakan kursus dandan rambut untuk bakal pesara tentera. Ini sebagai persiapan untuk mereka memasuki alam pekerjaan lain selepas bersara,'' katanya yang turut menjadi pensyarah dan fasilitator di Institut Usahawan Bumiputera dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.

Ujar bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan ini, pada tahun lalu, Aimi Management mendapat kepercayaan menjalankan kursus di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Kami melatih anak peneroka Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).Di samping itu, pada akhir 2008, Aimi Management dilantik menjadi salah satu daripada lima pusat latihan bumiputera yang dipilih memasuki Skim Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Bumiputera.Sementara itu, menurut Azizah, dengan pemilihan itu, Aimi Management telah diberi kepercayaan untuk melatih 300 anak bumiputera yang berusia 16 hingga 35 tahun bagi menjalani kursus dandanan rambut, kecantikan dan jahitan pakaian wanita.Di pusat ini, walaupun pelatih berkursus dandanan rambut, mereka harus mengambil kursus kecantikan juga kerana kedua-dua memberi manfaat kepada pelatih apabila keluar kelak.

''Oleh itu, setiap petang Jumaat dan Sabtu, pelatih akan mempelajari kursus solekan manakala dari Isnin hingga Jumaat pagi, dandanan rambut.''Di samping itu, kami turut memberi mereka kursus keusahawanan, penyediaan kertas kerja, cara pemilihan lokasi perniagaan, susun atur premis dan perkhidmatan pelanggan sebagai persediaan untuk menjadi usahawan kelak,'' katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga kursus ini memakan masa selama setahun dan mempunyai dua tahap iaitu enam bulan setiap satu tahap.

''Setiap tahap, pelatih akan dilatih selama empat bulan di pusat dan dua bulan latihan industri,'' ujarnya.Menurut Azizah, semua perbelanjaan kursus itu ditaja oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi termasuk yuran kursus, asrama dan wang sara diri.''Wang sara diri berjumlah RM300 akan diberi kepada para peserta dan bagi pelatih luar Lembah Klang, penginapan disediakan.''Pada 15 Januari lalu, seramai 100 orang pelatih pertama telah memulakan kursus manakala pelatih selebihnya akan mendaftar pada Februari atau Mac ini. Pengambilan seramai 200 orang itu masih dibuka dan kepada yang berminat, boleh menghubungi 03-42529566,'' katanya yang mengharapkan ramai remaja mengambil peluang ini bagi memajukan diri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kota Fesyen di MITC

MELAKA 27 Jan. - Kompleks Perniagaan Kota Fesyen Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini yang dijangka mula beroperasi Mac ini, akan menjadi mercu tanda perdagangan baru di negeri ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kompleks yang akan dikenali dengan nama Bandar Fesyen itu juga akan menjadi pusat dagangan terhebat di negara ini.''Melaka mahu menjadikan Bandar Fesyen ini sebagai pusat dagangan dunia, bukan hendak bersaing tetapi mahu menjadi yang terbaik daripada mana-mana bandar fesyen yang ada di Malaysia," katanya.Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Bandar Fesyen di Ayer Keroh, semalam.Hadir sama, Pengarah Urusan Pembinaan Rembang Kota Sdn. Bhd., Yee Ying Sung selaku pemaju projek.Projek pembinaan 173 unit kedai dua tingkat di atas tanah berkeluasan 4.16 hektar dengan kos RM52 juta itu mula dibina pada Ogos 2007.

Ia siap sepenuhnya pada Disember tahun lalu, enam bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan sepatutnya siap.Mohd. Ali berkata, kesemua 173 unit kedai dua tingkat seluas 46,451 meter persegi setiap satu itu habis dijual termasuk 69 unit daripadanya yang ditawarkan kepada bumiputera.''Dengan pembukaan Bandar Fesyen ini nanti, diharapkan lebih ramai pelancong akan berkunjung ke Melaka dan menjadikannya syurga membeli belah.

''Bandar Fesyen ini antara projek awal yang telah siap dalam usaha menjadikan kawasan MITC ini sebagai pusat dagangan antarabangsa," katanya lagi.Tambahnya, antara projek lain bersebelahan Bandar Fesyen yang dijangka beroperasi pertengahan tahun ini ialah pasar raya Mydin di atas tapak berkeluasan kira-kira empat hektar.''Malah, di tanah seluas 7.68 hektar di belakang Bandar Fesyen ini juga kita akan bina gudang kilang yang menjual barangan terus dari kilang.''Justeru, beribu-ribu lagi peluang pekerjaan akan diwujudkan di kawasan MITC menjelang pertengahan tahun ini," katanya.Mengenai operasi perniagaan di Bandar Fesyen, Mohd. Ali berkata, sebanyak 26 lot rumah kedai di situ akan menjual barangan daripada Satu Daerah Satu Industri (SDSI)Lot-lot kedai ini akan diselia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).Beliau juga berharap, dengan terbinanya pelbagai projek di dalam kawasan MITC, ia akan membantu menambah kunjungan pelancong sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan di Melaka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Benteng Satok


ORANG ramai menjamu selera di gerai makan Benteng Satok di Jalan Satok, Kuching, Sarawak. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUCHING 27 Jan. - Malam ini mahu berjumpa di Benteng Satok?Ini antara soalan yang sering digunakan oleh para pengunjung Benteng Satok untuk melakukan pertemuan dengan rakan atau kenalan masing-masing.Tidak melakukan janji dalam pertemuan pun, kadang kala secara kebetulan juga akan bertemu rakan-rakan lain malah ada yang telah terputus hubungan berpuluh-puluh tahun akhirnya bertemu di Benteng Satok.

Itulah menariknya Benteng Satok yang terletak di lokasi strategik dan menjadi tarikan kepada orang ramai bukan hanya di sekitar bandar raya Kuching bahkan di seluruh Sarawak.Bagi Rosminun Luis, 23, dari Taman Sukma memberitahu, Benteng Satok bukan sahaja boleh dijadikan tempat menjamu selera bersama keluarga bahkan rakan-rakan sebaya.Katanya, di situ banyak pilihan makanan dan minuman manakala harganya berpatutan sesuai dengan pendapatan generasi muda.

Malah katanya, Benteng Satok menarik baginya adalah disebabkan ia terletak di kawasan terbuka dan pemandangan di sekelilingnya juga cantik disebabkan cahaya yang terang-benderang.''Boleh dikatakan apa sahaja makanan ada di sini tetapi yang paling popular adalah mi kolok, sate dan ayam panggang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Seorang pegawai khidmat pelanggan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Shahratul Akbar Mohd. Shamsuddin, 23, berkata, Benteng Satok mempunyai pelbagai pilihan makanan serta minuman dan boleh dicadangkan kepada pengunjung luar terutamanya dari Semenanjung.Katanya, lokasi Benteng Satok yang strategik akan memboleh para pengunjung membeli belah di kawasan sekitarnya sebelum melepaskan penat dengan duduk di gerai-gerai di situ.

Tambahnya, kehadiran orang ramai ke Benteng Satok juga menyebabkan suasana di situ kelihatan meriah dan 'hidup' seolah-olah ada pesta yang berlangsung.''Kehadiran para pengunjung di sini juga bukan hanya terdiri daripada satu kaum tetapi berbilang kaum yang boleh duduk semeja menjamu selera," katanya.Siti Aisyah Baslie, 23, pula memberitahu, makanan dan minuman di Benteng Satok bukan hanya banyak pilihan tetapi juga sedap terutama minuman laici kang di gerai Abang Man.Menurutnya, Benteng Satok boleh dijadikan tempat pertemuan rakan-rakan sekolah yang telah lama tidak berjumpa di samping makan bersama keluarga.''Jika datang beramai-ramai di sini suasana di Benteng Satok ini terasa hidup dan meriah berbanding datang berseorangan ," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Enaknya pisang goreng bersama aiskrim


PISANG goreng bersalut aiskrim antara menu yang disajikan di Gazebo Tera-Thai, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU 27 Jan. - Juadah pisang goreng terus menjadi pilihan utama pelbagai lapisan masyarakat. Ia diakui bukan sekadar menu orang kampung.Apatah lagi, keenakan pisang goreng panas dari kuali dan dicecah cili kicap bersama kopi O panas.Memang lazat dan menyelerakan sehingga membuatkan sesiapa saja yang melihat hidangan itu di atas meja, pasti kecur air liur.

Namun, mungkin tidak ramai yang pernah merasa pisang goreng dimakan dengan ais krim vanila.

Bunyinya agak pelik, malah penulis tidak begitu teruja untuk mencuba hidangan itu pada mulanya.Terlintas di fikiran bagaimana rasanya pisang goreng yang rangup dan panas itu apabila dimakan bersama aiskrim.Namun apabila rezeki sudah di depan mata, tidak elok ditolak sambil hendak menjaga hati tuan rumah.Apa pun, sebaik menikmati hidangan berkenaan, gabungan dua makanan panas dan sejuk cukup menjadi.Sehinggakan penulis tidak sedar pisang goreng dan aiskrim vanila yang dihidangkan habis dalam sekelip mata.

Hilang semua telahan negatif yang bermain di fikiran dan ingin pula mengetahui rahsia di sebalik hidangan yang berasal dari Thailand itu.Ketua Chef Gazebo Tera-Thai, Zambri Kuema, 29, berkata, dalam bahasa Thailand, pisang goreng yang dimakan bersama aiskrim itu dipanggil kluay thod.Menurutnya, ia sering menjadi hidangan petang bagi masyarakat yang tinggal di wilayah selatan seperti Chiangmai dan Chengrai.Katanya, keistimewaan hidangan itu ialah pisang berangan jela yang digaul dalam adunan tepung beras, kelapa parut dan bijan bagi menghasilkan keragupan asli dan rasa tersendiri.

"Saya tak nafikan ramai yang pelik apabila dengar pisang goreng bersama aiskrim. Namun, mereka perlu mencuba terlebih dahulu untuk merasai perbezaannya dengan hidangan pisang goreng biasa."Saya pasti ramai yang akan menggemarinya dan mahu datang kembali ke sini lagi untuk mencarinya selain terpikat dengan menu kami yang lain," katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam masakan Thailand di Kuala Lumpur.Set menu pisang goreng bersalut aiskrim vanila yang dihidangkan bersama teh O ais limau atau kopi itu hanya berharga RM6. Ia merupakan antara tarikan hidangan yang mampu menambat selera pelanggan.Zambri memberitahu, hidangan set menu Ayam BBQ Thai yang disediakan di gazebo itu turut menjadi pilihan pengunjung kerana resipi unik yang tidak terdapat di negara ini.

Jelas chef yang berasal dari Narathiwat, Thailand itu, hidangan ayam BBQ itu tidak menggunakan minyak, manakala daging ayam diperap terlebih dahulu selama lima jam bersama rempah ratus yang istimewa."Namun apa yang membuat hidangan ini lain daripada lain ialah sos yang mengikut resipi asli dari Thailand dan tidak terdapat atau dijual di mana-mana di negara ini."Saya yakin daya tarikan hidangan ini terletak pada sos yang dihidangkan dengan dua perasa iaitu pedas dan masam-masam manis," katanya.Sementara itu, hidangan masakan Thailand lain di Gazebo Tera-Thai ialah som tham (salad betik), kao niao (nasi pulut), roti canai bersama geng kiao lian (kari hijau ayam), larb (ayam rebus), khao niaw mamuang (pulut mangga) dan kluay buat chi (pengat pisang).Kini gazebo berkenaan sedang mempromosi set menu petang yang berharga antara RM6 hingga RM16.Jadi apa tunggu lagi, bagi peminat masakan Thailand, datanglah ke Gazebo Tera-Thai di Jalan Abdul Samad di sini yang beroperasi tujuh hari seminggu, dibuka dari pukul 3 petang hingga 7 malam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gazebo Tera-Thai


HASLINDA Mohd. Eunos (tengah) bersama dua chefnya menunjukkan set menu petang yang disajikan di Gazebo Tera-Thai,Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU 27 Jan. - Memandang sekeliling dan hiasan dalaman gazebo ini ternyata ia mempunyai konsep ala-ala pondok yang mampu membuat pelanggan selesa dan santai.

Sama ada memilih makan di dalam atau di luar, sememangnya Gazebo Tera-Thai dapat menghidupkan suasana damai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan pada waktu petang.

Apatah lagi dapat menjamu selera masakan Thailand asli, pastinya kunjungan anda meninggalkan kenangan indah sebagai antara tempat makan yang paling memikat hati.

Pengurus pemasaran restoran berkenaan, Haslinda Mohd. Eunos berkata, kehadiran gazebo itu tepat pada masanya mengikut trend masyarakat kini yang suka melepak dan menjamu selera di luar restoran.

Katanya, gazebo berkenaan juga memberi banyak pilihan kepada pengunjung sama ada ingin menikmati selera di dalam restoran yang berhawa dingin atau menikmati angin luar yang nyaman."Dalam suasana santai, gazebo ini boleh menjadi pilihan pengunjung untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan yang tidak sukakan suasana terlalu formal."Justeru, keunikan konsep Gazebo Tera-Thai ini yang memberi peluang sama ada pengunjung duduk bersila atau makan di pondok payung mampu memenuhi kehendak pengunjung yang pelbagai," katanya.Gazebo itu merupakan satu kesinambungan restoran makanan Thailand, Tera-Thai Fine Dine yang dibuka Mei tahun lalu dan kini mula memikat selera penduduk setempat apabila menerima sambutan membanggakan.Haslinda optimis gazebo itu bakal menjadi pilihan warga bandar raya ini untuk menikmati minum petang dengan makanan Thailand yang ringkas, enak dan harga berpatutan.

Ilham konsep gazebo itu mengikut budaya masyarakat Thailand yang gemar bersantai pada waktu petang sambil menikmati makanan yang tidak berat dan mudah disediakan.Katanya, budaya masyarakat negara luar seperti makanan dan gaya hidup yang berbeza wajar dihargai dan berharap kemunculan gazebo itu memberi kelainan kepada pengunjung untuk mencuba sesuatu yang baru."Kami yakin konsep gazebo ini mampu menarik ramai pelanggan terutama sasaran golongan pertengahan kerana keunikan yang tidak terdapat di tempat makan lain."Banyak perbezaan yang terdapat di gazebo ini dari segi konsep, makanan, layanan dan suasana yang mendamaikan pada waktu petang," katanya yang memiliki dua chef dan tiga pelayan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi kualiti tinggi.

Apa yang menarik, gazebo itu turut dilengkapi kemudahan Internet jalur lebar iaitu melalui penggunaan Wi-Fi atau sambungan Internet tanpa wayar bagi keselesaan pengunjung.Haslinda memberitahu, pihaknya turut bersedia menganjurkan majlis keraian seperti majlis ulang tahun kelahiran dan majlis pertemuan semula dalam usaha mempromosikan gazebo tersebut.Mengenai perancangan masa depan, Gazebo Tera-Thai bercadang mengadakan persembahan tarian kebudayaan negara jiran itu bagi menghiburkan pelanggan selain menyediakan perkhidmatan mengurut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Produk hiasan jerami padi


abdul Rahman Sani Abdullah menunjukkan produk yang dihasilkan manakala gambar kecil, serat jerami padi yang dikeringkan sebelum diproses menjadi produk berasaskan jerami di Kompleks Kraf, Kepala Batas, Alor Star baru-baru ini. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

ALOR STAR 27 Jan. – Kebiasannya, jerami padi hanya dibuang ataupun dibakar setelah petani menuai padi kerana ia tidak lagi berguna.

Hasil kreativiti anak tempatan, jerami padi kini boleh dijadikan hasil seni yang menarik dan mampu menjana pendapatan.Abdul Rahman Sani Abdullah yang merupakan pemilik syarikat Armensa Design, berjaya membuktikan jerami padi dapat dijadikan koleksi dan hiasan dalaman rumah seperti lampu meja, bingkai gambar dan beg.

Katanya, dia mula mempelajari cara-cara membuat kertas daripada bahan-bahan serat semulajadi seperti batang pisang dan sebagainya pada tahun 2000.‘‘Empat tahun kemudian, saya memberanikan diri memulakan perniagaan menjual barang-barang hiasan daripada jerami padi.‘‘Akhirnya setelah mencuba pelbagai jenis serat seperti batang pisang, serai dan kenaf, saya dapati jerami padi juga boleh dijadikan kertas dan sesuai untuk gubah menjadi hiasan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Abdullah memberitahu, Kedah yang terkenal sebagai negeri Jelapang Padi memudahkannya mendapatkan jerami padi untuk diproses sebelum dijadikan kertas.Katanya, proses menghasilkan kertas menggunakan jerami memerlukan sedikit kesabaran kerana ianya perlu dilakukan secara berperingkat.‘‘Peringkat pertama, jerami yang dipilih akan dibersihkan terlebih dulu, khususnya membuangkan kekotoran.‘‘Kemudian ia akan dipotong mengikut kesesuaian saiz yang kemudiannya direbus dengan menggunakan ‘soda cautic’ bagi melembutkannya,” katanya.Tambahnya, setelah itu, jerami tadi dituangkan di dalam tangki berair dan ditangguk menggunakan saring atau acuan.Selepas itu, ujarnya, jerami tadi yang telah lembut dan basah dimampatkan menggunakan alat penekan sebelum ia dikeringkan.‘‘Setelah proses pengeringan sempurna, barulah barang-barang hiasan seperti lampu tidur, kotak hiasan dan sebagainya boleh dihasilkan,” katanya.Menurut Abdullah, sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan dan dia bercadang untuk membesarkan perniagaannya.‘‘Lampu ini dijual pada harga RM50 ke atas dan dijual di ekspo pertanian di seluruh negara.‘‘Saya juga ingin membuka galeri seni di negeri ini bagi memudahkan orang ramai yang meminati produk jerami padi mendapatkannya,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Leather Craft bertahan kerana kualiti


Azahari Saad (kiri) melayan pelanggannya di Leather Craft Corner Medan Raja, Alor Star.

ALOR STAR 20 Jan. - Barangan yang diperbuat daripada kulit sentiasa mendapat tempat di hati para penggemarnya kerana ia boleh membuat seseorang nampak lebih bergaya.Bagi Azahari Saad, 45, sejak 20 tahun lalu, barangan kulit sinonim dengan dirinya kerana kemahirannya dalam menjahit kulit untuk menghasilkan pelbagai produk sebagai sumber rezeki.

Pemilik Leather Craft Corner yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star di sini tidak pernah belajar dari mana-mana institut kemahiran mengenai cara-cara menjahit barangan kulit.

Pada awal 1980-an, dia yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baru.

''Di kampung, saya hanya bekerja sebagai petani dan buruh kasar untuk menampung kehidupan.''Saya nekad ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik dari di kampung dan di sana saya mula belajar cara-cara untuk menjahit dan membuat barangan daripada kulit,'' katanya ketika ditemui di kedainya di sini baru-baru ini.Katanya, dia tinggal di Kuala Lumpur selama tiga tahun dan bekerja di sebuah kedai barangan kulit di Kompleks Pertama untuk mencari rezeki.''Setelah yakin dengan kemahiran yang diperoleh sepanjang bekerja di situ saya berhijrah pula ke Kedah.

''Saya bermula dengan membuka sebuah kedai menjual barangan bundle di stesen bas lama Jalan Langgar sebelum memberanikan diri membuka kedai barangan kulit,'' ujarnya.Azahari memberitahu, sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan sehingga perniagaannya mampu bertahan selama 20 tahun.''Banyak pelanggan tetap saya terdiri daripada anak-anak tempatan negeri ini, sesetengahnya telah berhijrah ke tempat lain.

''Namun, apabila mereka balik ke sini, kedai saya menjadi tempat persinggahan mereka untuk mendapatkan barangan kulit," katanya.Selain daripada menjual barangan daripada kulit, Azahari juga menawarkan perkhidmatan membaiki seluar jeans dan menjual cenderamata berasaskan kulit.''Saya mendapatkan bekalan kulit dari Thailand, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.''Kini saya dibantu oleh anak-anak yang menunjukkan minat untuk meneruskan perniagaan saya,'' ujarnya.Tambah Azahari, peminat barangan kulit di Pulau Pinang juga boleh mendapatkannya di kedai miliknya yang dikongsi bersama adiknya di Summit, Bukit Mertajam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Lazatnya coklat Malaysia


DUA pekerja, Siti Nurhana Shamsudin, 18, dan Nurseha Norazmi, 20, (kiri) sibuk menyusun dan membungkus coklat zyraz's di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. - Gambar SHAHJEHAN

KUALA PILAH 20 Jan. - Industri coklat buatan tangan semakin mendapat tempat di kalangan usahawan bumiputera walaupun ia sangat kompetitif termasuk harus bersaing dengan syarikat coklat dari luar negara yang sudah lama bertahan.Usahawan muda, Azian Razak, 30, adalah salah seorang daripada yang nekad mengusahakan perniagaan tersebut demi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan industri pemerosesan makanan.

Menurut Azian yang merupakan anak jati dari Kuala Pilah, di sebalik pelbagai persepsi negatif masyarakat tentang coklat tempatan yang dikatakan tidak selazat coklat import, beliau yakin potensi industri tersebut sangat cerah.

"Semakin banyak yang semakin sedar tentang kepentingan mendapatkan produk halal di pasaran jadi inilah yang usahawan seperti saya cuba sediakan. Selain tidak perlu lagi risau tentang kandungan bahan digunakan, coklat tempatan juga tidak kurang enaknya," katanya.

Menurut Azian yang pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha memperkenalkan coklat jenama zyraz's itu, beliau kerap menyertai pelbagai ekspo pertanian termasuk berasaskan makanan."Penyertaan dalam ekspo seperti ini sering kali membuka ruang kepada saya untuk memperkenal dan mempopularkan coklat tersebut.Setakat ini, kata Azian, syarikatnya mengeluarkan sebanyak 15 jenis coklat dan coklat golden nugget zyraz's adalah antara yang mendapat sambutan.

"Salah satu kelebihan coklat buatan tempatan selain dijamin halal, harganya juga berpatutan," katanya.Pada masa ini, Azian yang mendapat bimbingan Jabatan Pertanian negeri sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam membantu usahawan bumiputera sepertinya.Sebagai contoh jika dulu beliau cuma beroperasi di rumah tetapi kini disediakan bengkel khas untuk memproses produk tersebut di inkubator memproses makanan di sini."Dengan kemudahan yang disediakan termasuk peralatan, saya mampu menghasilkan lebih 50 kilogram coklat pelbagai jenis setiap hari," katanya.

Daripada segi pembungkusan pula, kata Azian, beliau mendapat bantuan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) yang menyediakan bungkusan khas.Bercakap tentang perancangan masa depan, kata Azian, beliau berhasrat untuk memasarkan coklat buatannya ke seluruh negara termasuk luar negara."Baru-baru ini saya mendapat tawaran daripada salah sebuah pusat membeli belah popular yang bersetuju untuk menjual coklat saya."Tetapi saya terpaksa menangguh dulu tawaran tersebut sehingga pertengahan tahun ini kerana masalah pengeluaran. Bagi memenuhi tawaran tersebut saya harus mengeluarkan sekurang-kurangnya 5,000 pek coklat.

"Insya-Allah selepas saya berjaya mendapatkan kilang yang lebih besar di Damansara, Selangor tidak lama lagi, permintaan itu akan dipenuhi kelak," katanya yang mempunyai kelulusan industri kimia daripada UPM.Selain itu beliau juga berhasrat untuk memasarkan coklatnya di butik coklat di lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Murah LCCT."Ini adalah salah satu cara untuk mempopularkan coklat ini di kalangan pelancong asing terutama yang mempunyai resipi tempatan. Saya berharap coklat zyraz's kelak menjadi salah satu pilihan pelancong untuk dijadikan cenderamata bagi dibawa pulang ke negara masing-masing," tambahnya.

Pada masa ini kata Azian, beliau berminat untuk mendapatkan ejen bagi membekalkan coklat tersebut.Bagi yang berminat untuk menjadi ejen boleh menghubungi talian 017-2231546," katanya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Asiah hasilkan produk dingin beku


PRODUK dingin beku yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.

BUKAN memberi alasan tetapi memang hakikatnya kebanyakan wanita yang bekerja tidak mempunyai masa bagi menyediakan hidangan keluarga. Apalagi hendak membuat kuih-muih untuk sarapan, minum petang dan sebagainya.

Senario membeli sarapan seperti nasi lemak dan kuih-muih di gerai merupakan perkara biasa dan ramai memahami situasi tersebut.

Terdapat juga yang awal-awal telah menelefon restoran tom yam atau mamak meminta dihantarkan lauk-pauk dan nasi kepada anak-anak di rumah yang baru pulang daripada sekolah.

Namun, bagi wanita yang menghadapi masalah sedemikian mungkin dengan adanya banyak jenis makanan segera dingin beku, keadaan ini boleh diatasi.Pelbagai jenis makanan segera dingin beku boleh dibeli dan disimpan di dalam peti sejuk di rumah. Apabila hendak dimakan, keluarkan dan goreng atau masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro, hidangan telah pun siap untuk suami dan anak-anak.Pakar masak yang telah lama berkecimpung dalam dunia masakan, Asiah Hashim tidak pernah puas bagi menghasilkan jenis-jenis makanan bagi memenuhi kehendak wanita masa kini.

Bermula dengan menghasilkan biskut dan kek semasa musim perayaan, mengadakan kelas masakan yang mengajar pelbagai jenis makanan, terkini beliau menghasilkan pula makanan segera dingin beku.Semuanya bagi memudahkan wanita menyediakan hidangan keluarga. Dengan kata lain, wanita yang bekerja tidak akan berasa bersalah kerana tidak sempat menyediakan makanan bagi keluarga tersayang.Produk makanan segera dingin beku Asiah yang menggunakan nama Asiah Food & Beverage yang mula dikeluarkan tahun ini mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

Pelbagai jenis makanan yang boleh diperoleh seperti murtabak lapis daging prima, murtabak lapis ayam prima, perencah mee bandung prima, pes asam pedas, karipap, samosa, cucur badak, otak-otak popia, apam aiskrim, kuah rojak dan acar buah.Semasa ditemui di kedainya di Taman Prima Saujana, Kajang, Asiah berkata, murtabak lapis daging dan ayam prima yang dikeluarkannya merupakan murtabak asli Singapura yang dipelajarinya daripada seorang pakar membuat murtabak.

"Paling disukai pelanggan ialah murtabak lapis daging prima. Hanya daging bermutu seperti daging batang pinang yang digunakan. Daging yang dikisar halus akan ditabur di atas murtabak dan di bahagian dalamnya. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menggemari daging boleh mendapatkan murtabak ayam,'' kata Asiah.

Beliau kini dalam proses bagi mengkomersialkan tiga jenis produknya iaitu murtabak lapis prima, perencah mee bandung dan pes asam pedas."Pes asam pedas juga begitu praktikal bagi wanita yang bekerja. Ini kerana mereka tidak perlu bersusah-payah menyediakan banyak jenis bahan seperti cili kering, belacan, daun kesum dan bawang bagi memasak asam tumis. Kadang-kadang bahan-bahan ini lebih mahal lagi daripada pes yang disediakan ini."Apa yang perlu dilakukan ialah bancuh pes bersama air dan didihkan. Masukkan ikan bersama perencah seperti tomato, bendi atau terung. Masukkan sedikit air asam jawa dan rasakan garam. Biar mendidih. Cara memasak ada disediakan pada bungkusan pes. Selain ikan, pes ini juga sesuai bagi ayam, daging dan sotong,'' ujar ibu kepada dua orang anak ini.

Beliau menambah, begitu juga dengan perencah mee bandung di mana pengguna hanya perlu menyediakan bahan asas seperti mee kuning, sawi, telur atau daging cincang. Bancuh perencah dan ikut aturan yang disediakan.

"Pengguna bukan sahaja dapat menyediakan hidangan mee bandung yang lazat untuk seisi keluarga pada hujung minggu malah boleh dihidangkan kepada tetamu yang tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu,'' jelas wanita yang tidak pernah jemu mencuba sesuatu yang baru dalam bidang masakan.Kata Asiah, bagi yang berminat bagi mempelajari pelbagai jenis masakan seperti kek, biskut, puding, kuih talam, nasi lemak Istanbul, makanan dingin beku dan sebagainya, boleh menghadiri kelas masakan yang disediakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad daripada pukul 12 tengah hari hingga tiga petang.Kepada yang ingin menikmati murtabak, pes asam pedas, perencah mee bandung dan kuih-muih dingin beku boleh menghubungi Asiah di 016-2981280 atau emel asiahfoodbeverage@yahoo.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Lempeng kelapa Pok Lang




SEKALI pandang, gaya lelaki ini seakan-akan sedang memasak roti canai. Menggunakan kuali besar selain menyarungkan apron di tubuhnya, mungkin menyebabkan anda terfikir Roslan Md. Dalin, 41, ialah seorang peniaga roti canai.Bagaimanapun, apabila mendekati warungnya yang terletak di depan Pasar Binjai, Kemaman, Terengganu, rupa-rupanya dia sedang menyediakan lempeng kelapa pandan.Lempeng itu mendapat sambutan hangat daripada pelanggan sejak dibuka lima tahun lalu sama ada di kalangan golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Populariti lempeng itu menyebabkan pelanggan di sekitar pasar tersebut menggelar makanan yang dijualnya itu dengan jenama 'lempeng Pok Lang', iaitu mengambil sempena gelaran nama Roslan.Bagi Roslan, lempeng yang dihasilkannya memang lain daripada yang lain. Bahkan, sesiapa yang pernah merasainya pasti ingin datang semula untuk kali kedua.

Roslan berkata, idea untuk membuka gerai menjual lempeng itu timbul apabila beliau menyertai Projek Kelompok Kelapa Pandan bersama 35 peserta lain kira-kira sedekad lalu di kampung berkenaan.Sejak itu, dia menjual lempeng sebagai satu cara memanfaatkan hasil kelapa yang ditanam di kebunnya.


LEMPENG Pok Lang enak dimakan bersama kari daging.


Bercerita mengenai resipi lempeng tersebut, Roslan berkata, ia dibuat dengan mecampurkan tepung gandum, air kelapa pandan dan sedikit garam."Selepas dikacau sehingga sebati, adunan tepung ini akan dimasak di atas kuali mengikut saiz tertentu."Lempeng yang saya buat rasanya lebih manis dan berlemak kerana ia dicampur dengan air kelapa pandan," katanya yang menjual lempeng dari pukul 3 petang hingga 10 malam.Lebih enak jika lempeng tersebut dicicah dengan kuah kari daging.Menurut Roslan, dia beruntung kerana warungnya terletak di hadapan pasar sekali gus menjadi tumpuan ramai.Katanya, pada peringkat awal, secara purata sebanyak 50 hingga 70 keping lempeng dijual setiap hari.Hari ini, jualannya meningkat antara 200 hingga 250 keping."Saya gembira kerana usaha saya selama ini berbaloi, apatah lagi lempeng yang dijual dibuat dengan resipi saya sendiri," katanya.Menurut bapa tunggal yang mempunyai seorang anak itu, selain menjual lempeng, warungnya turut menyediakan makanan lain seperti nasi lemak dan masakan panas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Anak nelayan jadi peniaga berjaya


Norizam Nordin (berdiri) memerhatikan salah seorang pekerja menyiapkan tempahan pelanggan.

ANAK nelayan ini tidak pernah menyangka dia akan berada di kedudukan sekarang dan bergelar seorang ahli perniagaan. Walaupun perniagaan yang diceburi tidaklah sebesar mana, ia sudah cukup membanggakan bagi anak sulung daripada lima beradik ini.Bagi wanita sepertinya yang ingin berjaya dalam perniagaan di bandar kecil di tanah kelahirannya, Dungun, Terengganu, kejayaan yang dicapai hari ini menjadi pemangkin untuk terus berdiri teguh.

Tidak mustahil suatu hari nanti, wanita yang hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan ahli perniagaan wanita yang telah mencipta nama.Sebaik tamat persekolahan, Norizam Nordin, 38, yang memahami kesempitan hidup keluarganya, tidak mahu duduk diam menanti pekerjaan datang kepadanya. Sebaliknya, dia mengikuti kursus menjahit di beberapa buah kedai sekitar bandar Dungun.Setelah mahir, dia mengambil upah menjahit pakaian dan pada permulaan semua kerja menjahit dilakukan di rumah. Banyak tempahan yang diterima, namun peralatan menjahit banyak yang kurang atau tidak mencukupi.

"Duit simpanan memang tiada langsung tapi mujur pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) sanggup menghulurkan bantuan modal permulaan sebanyak RM2,000,'' kata Norizam.Selepas 10 tahun menjahit di rumah, Norizam ingin meluaskan nama kedainya, Sara Fesyen & Collections ke lokasi yang lebih strategik dan sesuai.Sara Fesyen & Collections kemudian berpindah ke bangunan Majlis Daerah Dungun berhampiran dengan Pasar Minggu Sura Gate. Kedai yang mengambil berkat nama anak tunggal perempuannya, Nurul Qaisara Razak, 7, semakin diterima oleh masyarakat sekeliling.

Lantas pada tahun 2006, dengan tambahan pinjaman sebanyak RM8,000 daripada Tekun bagi membeli mesin jahit, Norizam berpindah pula ke Sura Gate Business Centre.Kini, Norizam, yang banyak mendapat bantuan daripada suami, Razak Md Zin, 50, dan keluarga, sekali lagi mendapat kepercayaan pihak Tekun yang memberikan pinjaman sebanyak RM30,000 bagi meluaskan perniagaan menjahit pakaian.Menurut ibu kepada empat orang anak berumur di antara 19 tahun hingga tujuh tahun ini, Sara Fesyen & Collections begitu dikenali di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu kerana fesyen kurung Pahangnya.

"Memang pun kemahiran saya dan empat tukang jahit di sini ialah menjahit kurung Pahang. Kebanyakan tempahan yang diterima ialah untuk menjahit kurung Pahang selain kebaya, rekaan fesyen eksklusif dan baju pengantin.

Kurung Pahang 'dart'

"Masyarakat di Dungun amat menyukai kurung Pahang. Saya lihat kurung Pahang sekarang sudah diubah suai dengan pelbagai potongan."Melihat kepada minat wanita terhadap kurung Pahang, saya cuba melahirkan idea sendiri dan mereka bentuk satu potongan kurung Pahang yang berbeza, iaitu dengan menjahit 'dart' di belakang baju."Potongan kurung Pahang ini nampak seperti kebaya jika dilihat daripada belakang dan jika daripada depan, ia nampak seperti kurung Pahang biasa,'' jelasnya yang mempunyai pelanggan di kalangan kakitangan bank, kakitangan pejabat, pensyarah, pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun dan masyarakat sekitar.

Norizam berkata, pada mulanya dia membuat kurung Pahang 'dart' itu untuk dipakai sendiri namun setelah pelanggan melihat, mereka pun ingin memiliki potongan dan rekaan yang sama kerana ada kelainan daripada kurung Pahang biasa.Kini kurung Pahang yang ada 'dart' ini semakin digemari dan Sara Fesyen & Collections mendapat banyak tempahan daripada penduduk sekitar Dungun dan Kuala Terengganu."Saya turut menghantar kurung Pahang ini ke butik-butik sekitar Kuala Terengganu dan ekoran sambutan yang menggalakkan, saya merancang untuk mengedarkannya ke seluruh negara,'' kata Norizam.Bukan itu sahaja mereka dari luar Terengganu juga menempah kurung pahang 'dart' daripadanya dengan mengirim kain melalui pos.Selain baju dewasa, dia turut menjahit baju kanak-kanak, sarung sofa dan kusyen, alas tudung saji, alas meja, langsir dan menerima tempahan menjahit pakaian seragam syarikat-syarikat di sekitar Dungun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bermodal RM700 kini usahawan berjaya


Siti Aishah Hamdan sentiasa memastikan kualiti cetakan yang dihasilkan memenuhi permintaan pelanggan dan dihasilkan dalam masa yang dijanjikan.

BERPEGANG kepada prinsip kerja 'pelanggan selalu betul dan setiap tempahan harus disiapkan mengikut perjanjian', usahawan percetakan ini terus menempa kejayaan sejak menceburi perniagaan tersebut 15 tahun lepas.

Bagi Siti Aishah Hamdan, 36, kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan tidak harus dipandang sambil lewa, sebaliknya berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.Jadi, tidak hairanlah apabila syarikatnya mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan khidmat percetakan sama ada mencetak banting, sepanduk, kad jemputan, buletin, beg kertas, pembungkusan dan buku.

Mengembali semula nostalgia bagaimana beliau yang bertindak sebagai Pengarah Lactop Sdn. Bhd. dan suami, Mohd. Sham Mohd. Salleh, 39, bertungkus lumus memajukan syarikat yang kini menjadi kebanggaan dan punca rezeki mereka, sememangnya amat meruntun jiwa.Kata Siti Aishah, beliau dan suami pernah hidup susah dan masing-masing bekerja di sebuah kilang percetakan dengan pendapatan bersama hanya RM1,000 sebulan.Bahkan, suaminya pernah terpaksa tidur di lokap kerana terbeli motosikal curi bagi memudahkan mereka berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

Lebih mengharukan lagi apabila beliau dan suami diberhentikan kerja oleh majikan ketika tinggal beberapa hari lagi umat Islam mahu menyambut Aidilfitri.

"Wang simpanan yang ada ketika itu cuma RM700. Dengan wang itu jugalah saya dan suami sepakat menggunakan pengalaman yang ada terutama dalam berurusan dengan pembekal percetakan, memulakan perniagaan percetakan walaupun dalam skala yang kecil.''Satu cara sahaja yang difikirkan untuk meneruskan hasrat itu, iaitu dengan menghubungi pembekal percetakan yang kenal rapat dengan saya semasa bekerja dahulu, meminta bantuan dengan memberi kredit,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Sri Damansara, Selangor, baru-baru ini.Menurut Siti Aishah, pelanggan pertamanya ialah syarikat penerbitan filem yang baru ditubuhkan.''Dengan muka yang tebal, walaupun saya tahu kemampuan dari segi peralatan dan modal tidak ada, saya memberanikan diri berjumpa dengan mereka.

" Mungkin nasib menyebelahi saya, kebetulan mereka juga mencari syarikat yang boleh mencetak produk-produk bagi mempromosikan filem terbitan mereka.''Alhamdulillah mereka memberi kepercayaan penuh untuk kami menyiapkan poster dan banting dalam tempoh yang ditetapkan."Dan saya bersyukur, dengan terlaksananya projek pertama itu, mereka menjadi pelanggan tetap kami sehingga ke hari ini,'' kata ibu kepada seorang anak lelaki berusia tujuh tahun.Beliau yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu menambah, dengan komitmen yang diberi kepada syarikat yang ditubuhkan pada 1996 dengan nama Bendigo Enterprise sebelum ditukar nama kepada Lactop Sdn. Bhd. pada tahun 1999, beliau mendapat kepercayaan daripada banyak syarikat lain.''Rezeki semakin mencurah setelah tahun 1999. Saya mula mendapat projek daripada kerajaan, hotel dan sektor swasta yang lain."Kerja-kerja juga telah bertambah, bukan sahaja sekadar poster dan banting, tetapi telah mendapat kontrak mencetak pembungkusan, beg kertas, buku dan buletin,'' katanya.Siti Aishah juga mengakui sudah tujuh tahun, beliau dan suami tidak melakukan kerja-kerja pemasaran kerana pelanggan yang membantu memasarkan produk mereka.

Wanita yang gemar menghias rumah ini menegaskan dalam berurusan dengan pelanggan, memberi keyakinan adalah elemen yang penting.''Dalam mendapatkan projek daripada pelanggan baru, saya memastikan tidak terlalu tamak menerima kerja-kerja yang diarahkan kerana saya ingin membina keyakinan dengan mereka dahulu.''Saya selalu nyatakan kepada mereka supaya mencuba dulu perkhidmatan saya dalam skala kecil, jika puas hati dengan hasil yang dibuat, barulah menjalinkan kerjasama dengan skala yang besar.

"Ini kerana saya percaya kepada rezeki, jika pelanggan yakin dan puas hati dengan kerja kita, rezeki itu akan datang dengan sendirinya,'' katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

keusahawanan Pilihan Kerjaya - adakah mampu mengatasi masalah pengangguran ?

UTUSAN Malaysia semalam memilih laporan bertajuk 4,749 bakal diberhenti sebagai tajuk utama di muka depan akhbar. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berkata, pada Januari ini sebanyak 35 majikan akan memberhentikan 3,111 pekerja diikuti Februari, tiga majikan memberhentikan 1,523 pekerja manakala Mac, 64 majikan bakal memberhentikan 115 pekerja.

Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengulas isu itu berkata, kerajaan kini dalam perancangan untuk menyediakan program latihan semula kepada pekerja yang diberhentikan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan baru.

Timbalan Perdana Menteri mengakui wujudnya penurunan permintaan terhadap produk elektronik negara berikutan krisis ekonomi global yang dihadapi kini. "Memang ada penurunan permintaan dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) khususnya dan ini menyebabkan sesetengah syarikat memikirkan untuk mengecilkan jumlah pekerja mereka bagi mengurangkan kos," jelas beliau.

Sikap bergantung kepada pekerjaan dan kurang minat kepada bidang keusahawanan sebenarnya menjerumuskan seseorang di dalam situasi yang tidak menentu seperti ini.

Kebanyakan individu terutamanya siswazah lebih bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka pekerjaan daripada 'mencipta' pekerjaan sendiri dengan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka.

Ini sebenarnya telah mewujudkan tekanan kepada pasaran pekerjaan terutamanya kerajaan yang terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan rakyat mempunyai pekerjaan.

Kita ambil satu ilustrasi untuk membolehkan kita memahami situasi ini. Kita ambil sebuah negara yang kita namakan negara Y. Dalam negara Y ini ada dua jenis majikan iaitu kerajaan atau pun sektor awam dan syarikat atau pun sektor swasta.

Katakan terdapat 70 syarikat di negara Y dan setiap syarikat boleh menampung 10 pengambilan pekerja baru setiap tahun. Dengan itu keseluruhan sektor swasta negara Y boleh menampung seramai 700 orang pekerja baru setiap tahun.

Kerajaan berkenaan pula boleh menampung sebanyak 300 orang pengambilan pekerja baru setiap tahun. Jadi jumlah pekerjaan baru yang boleh ditampung oleh kedua-dua sektor kerajaan dan swasta di negara Y ialah seramai 1,000 orang.

Setiap tahun akan muncul kumpulan-kumpulan yang memerlukan pekerjaan dari lepasan sekolah dan lepasan universiti. Katakan pada satu-satu masa dalam pasaran pekerjaan terdapat 1,000 orang yang memerlukan pekerjaan baru. Maka pasaran pekerjaan negara Y dapat menampung rakyatnya yang memerlukan pekerjaan.

Tetapi katakan dalam satu-satu masa terdapat 1,500 orang yang memasuki pasaran pekerjaan maka akan wujud pengangguran seramai 500 orang. Ini adalah kerana pasaran pekerjaan hanya boleh menampung seramai 1,000 orang sahaja.

Kerap kali berlaku kerajaan akan dipersalahkan kerana gagal memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Kadangkala kerajaan sesebuah negara akan mewujudkan pekerjaan baru di sektor awam bagi membolehkan ramai rakyat bekerja.

Tetapi keadaan ini sebenarnya tidak baik kepada makro ekonomi sesebuah negara dalam jangka panjang. Ini kerana pekerjaan yang diwujudkan itu sebenarnya tidak diperlukan.

Ini hanya akan menambahkan kos kepada kerajaan dan menjadikan kerajaan sesebuah negara itu tidak efisien. Pekerja yang ada terlalu ramai dan kerja pula sedikit. Dan ramai yang akan berehat ketika bekerja.

Tetapi sebenarnya sekiranya rakyat sesebuah negara itu tidak bergantung penuh kepada peluang pekerjaan semata-mata dan 'mencipta' sendiri pekerjaan melalui keusahawanan maka masalah ini akan dapat di atasi. Sekali lagi kita ambil contoh negara Y tadi.

Katakan dari kalangan 500 rakyatnya yang gagal mendapatkan pekerjaan terdapat 250 orang memilih untuk membuka perniagaan maka pengangguran dapat dikurangkan daripada 500 orang kepada 250 orang.

Dan dari 250 orang yang menjalankan perniagaan ini tadi, katakan setiap seorang memerlukan seorang pekerja sebagai pembantu maka mereka pula akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada baki 250 orang yang menganggur tadi. Ini akan mewujudkan pengangguran sifar.

Sebenarnya sekiranya seseorang itu melibatkan diri dengan keusahawanan, mereka bukan sahaja dapat mewujudkan pekerjaan untuk diri sendiri malah dapat memberi pekerjaan kepada orang lain yang bekerja dengan mereka.

Seorang yang berniaga burger di pasar malam contohnya sekurang-kurangnya memerlukan seorang pekerja untuk membantunya menjalankan perniagaan tersebut.

Ini adalah lebih baik daripada merungut-rungut di sana sini dan meratapi kegawatan ekonomi yang menyebabkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan.

Golongan siswazah sepatutnya telah bersedia untuk menjadi majikan dan bukan mencari majikan. Binalah perniagaan sendiri. Selain mencipta pekerjaan sendiri anda juga boleh memberi pekerjaan kepada orang lain. Kalau kita kaji seseorang yang memilih untuk menjadi usahawan sebenarnya membantu masyarakat, negara dan ekonomi secara keseluruhannya. Mereka boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan meringankan beban kerajaan untuk memikirkan langkah mengatasi pengangguran ini.

Tetapi penulis percaya ramai siswazah yang berasa lebih mulia 'terperuk' di rumah dan memegang gelaran penganggur terhormat dengan duit dalam poket satu sen pun tidak ada daripada bermandi peluh berniaga di pasar malam. Dan masalah ini sebahagian besarnya wujud di kalangan siswazah Melayu yang kurang berminat dengan bidang keusahawanan.

Walaupun selalu orang berkata "berniaga banyak risiko, nanti rugi". Ini menjadikan mereka memilih untuk bekerja makan gaji. Tidak ada risiko rugi. Setiap bulan pasti dapat gaji.

Tetapi apabila situasi sekarang yang menyebabkan majikan terpaksa membuang beribu-ribu pekerja maka kerja makan gaji juga ada risiko diberhenti. Jadi apa bezanya risiko menjadi usahawan dan makan gaji?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tiga Program melahirkan Usahawan Muda.

ALOR STAR, 29 Dis – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merancang melaksanakan tiga program bagi melahirkan usahawan muda termasuk membantu mengurangkan pengangguran dalam kalangan siswazah bumiputera tahun depan.Timbalan menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata ketiga-tiga program itu – ‘Temu Usahawan,’ ‘Usahawan Kreatif’ dan ‘Usahawan Sukan’ – akan berlangsung separuh hari pada setiap minggu pertama mulai Februari ini di bangunan Mara di Kuala Lumpur.“Ketiga-tiga program ini dirancang untuk memenuhi kehendak golongan usahawan muda dalam dunia keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Majlis Belia Negeri Kedah di sini, hari ini.

Saifuddin berkata terdapat tiga aktiviti di bawah program Temu Usahawan iaitu sudut kreatif yang mempamerkan produk baru; sudut idea untuk mereka membuat persembahan seperti teknologi maklumat (IT) dan rekabentuk; dan sudut interaktif.

Beliau berkata program berkenaan akan dilaksanakan secara percubaan dan sekiranya berjaya, akan diperluaskan ke negeri-negeri.“Kementerian mendapat banyak rungutan khususnya daripada golongan usahawan muda yang sukar mendapat tempat atau peluang untuk menonjolkan produk atau idea mereka dan program ini di harap dapat mempermudahkan dan membaiki sistem penyampaikan kementerian,” katanya.Saifuddin berkata dalam melaksanakan program berkenaan, kementerian memberi tumpuan kepada tiga bidang keusahawanan iaitu teknologi maklumat, kreatif dan sukan.“Kajian yang dibuat mendapati orang Melayu masih lemah walaupun mereka mempunyai idea dalam bidang-bidang tersebut. Dengan bantuan yang diberikan, usaha mereka boleh berkembang,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Meninjau semangat pertanian Australia

WILAYAH Australia Barat mungkin asing bagi kebanyakan rakyat di negara ini tetapi bagi penggiat dalam industri pertanian dan penternakan, negeri terbesar di negara kanggaroo itu adalah destinasi yang tidak mungkin dilepaskan jika diberi peluang untuk dikunjungi.

Dengan keluasan kira-kira 2.5 juta kilometer persegi atau tujuh kali keluasan Malaysia, Australia Barat yang mempunyai suhu tropika di bahagian utara dan sederhana sejuk di bahagian tengah dan selatan menjadi antara negeri utama dalam pengeluaran hasil pertanian dan penternakan Australia.

Australia Barat dianggarkan menyumbang sebanyak 31 peratus daripada keseluruhan eksport pertanian dan penternakan Australia yang dianggarkan bernilai kira-kira 60 bilion dolar Australia setahun atau kira-kira RM150 bilion.

Dengan kelebihan tanah yang luas, subur serta iklim yang pelbagai, Australia Barat yang mempunyai populasi kira-kira 2.1 juta orang itu juga kini menjadi tempat kediaman untuk 23 juta biri-biri, dua juta lembu, kambing (satu juta) dan unta antara 400 hingga 500 setahun.

70 peratus daripada jumlah ternakan itu adalah untuk dieksport ke seluruh dunia. Arab Saudi sahaja mengimport satu juta biri-biri setahun dari Australia Barat.

Jika ditanya apakah rahsia di sebalik kisah kejayaan itu, sudah pasti adalah kerana dedikasi yang tidak berbelah bahagi seluruh warganya dalam memajukan bidang itu sama ada untuk memenuhi keperluan diri dan juga perniagaan.

Selain itu mereka juga tidak pernah jemu untuk terus berpaksi kepada sains dalam mencari teknologi terbaru walaupun pada masa yang sama telah menuai kejayaan bertaraf dunia. Gabungan mantap institusi kerajaan dan swasta serta institusi pengajian tinggi tempatan menjadikan pertanian dan penternakan di negara itu terus unggul di dunia satu langkah yang membawa kepada kejayaan itu.

Semangat rakyat Australia yang sentiasa berpegang kepada prinsip bangga dengan setiap produk yang 100 peratus buatan tempatan membantu mengangkat bidang pertanian dan penternakan mereka ke tahap hari ini.

Malah, jika melihat kepada kempen dan semangat yang dibuat oleh kerajaan negara itu, seolah-oleh tiada lagi kawasan lain di dunia ini yang boleh menghasil produk pertanian dan penternakan serta lain-lain hasil hiliran yang bermutu selain daripada yang dikeluarkan oleh negara mereka sendiri.

Amalan kuarantin yang ketat juga menjadi satu sebab wilayah Australia Barat dan Australia secara amnya sentiasa bebas daripada serangan racun dan serangga perosak tidak seperti di kawasan lain. Sebagai contoh, ketika dunia digegarkan dengan isu wabak lembu gila, ternakan di Australia Barat disahkan bebas daripada gejala itu.

Walaupun hanya sempat berada tiga hari di wilayah itu, penulis sudah mampu untuk mengagumi semangat rakyatnya dalam kedua-dua bidang itu, teruja dengan teknologi yang digunakan dan tidak dapat tidak jatuh cinta dengan keindahan dan kebersihan bandarnya serta ketenangan kawasan luar bandar yang kebanyakannya luas menghijau saujana mata memandang.

Iklim nyaman sehingga membolehkan penduduknya melakukan riadah pada pukul 12 tengah hari di kawasan terbuka atau di sepanjang Sungai Swan yang membelah bandar Perth tanpa perlu bimbang cuaca panas, satu lagi aset utama wilayah di barat Australia itu.

Memproses

Bermula dengan kunjungan di pusat penyembelihan dan pemprosesan daging HarveyBeef yang terletak kira-kira 140 kilometer dari Perth, rombongan kami yang diketuai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamad disajikan dengan teknologi terkini yang membolehkan pusat berkenaan memproses sebanyak 5,000 ekor lembu seminggu.

Keupayaan untuk merencanakan setiap pergerakan bahagian badan dan isi lembu untuk dibungkus sebelum dipasarkan terus, amat mengagumkan. Kira-kira 120 pekerja bertugas pada setiap masa di pusat itu - memproses setiap ekor lembu untuk menghasilkan lebih 30 produk berasingan yang mempunyai kelas-kelas tertentu.

Walaupun pusat berkenaan telah memperolehi sijil halal daripada badan Islam Australia, namun ia kini masih berusaha untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selepas menyaksikan kecanggihan teknologi HarveyBeef, rombongan kami dibawa melawat Pusat Penyelidikan Vasse.

Di Pusat Penyelidikan Vasse, Bunbury itu kami disajikan pula dengan kesungguhan mereka untuk mengkaji dan memperbaiki aspek pengurusan makanan dan tumbesaran haiwan. Setiap petak-petak rumput dikaji untuk memastikan ia mempunyai zat-zat seperti kandungan gula, kabohidrat dan tenaga yang mencukupi untuk keperluan haiwan.

Menurut Pengurus Wilayah, Jabatan Pertanian dan Makanan Australia Barat, David Windsor, pernah berlaku mereka mendapat rungutan daripada kilang-kilang pemprosesan daging bahawa lembu yang dihasilkan terlalu banyak daging dan kurang tulang.

''Oleh itu kami mengubah sedikit kandungan makanan haiwan itu untuk memenuhi kehendak komersial berkenaan. Hal yang sama juga kami buat untuk lembu tenusu," katanya.

Selain itu, di pusat itu juga kami ditunjukkan Sistem Pengesanan Haiwan Kebangsaan (NLIS) yang berfungsi untuk mengesan pergerakan setiap haiwan bermula dari saat dilahirkan sehingga ke rumah penyembelihan.

Walaupun undang-undang persekutuan Australia hanya mewajibkan pemakaian NLIS apabila haiwan itu hendak dibawa keluar dari ladang, namun kini penternak di seluruh Australia memasang sistem itu secara sukarela pada haiwan ternakan mereka.

Sistem itu bukan sahaja akan memudahkan penternak mengesan tumbesaran haiwan, penyakit dan sebagainya tetapi mengawal kualiti haiwan tersebut. Sebagai contoh dalam kunjungan kami ke ladang tenusu di Victoria, NLIS memudahkan ladang tersebut membuat pemantauan terhadap kuantiti dan kualiti setiap susu yang dikeluarkan oleh lembu.

Lembu yang mengeluarkan hasil tidak menepati piawaian tertantu akan dikesan dan diperiksa untuk dirawat.

Kunjungan di bumi Australia itu turut diselitkan agenda kemudahan penyelidikan terkini seperti di Makmal Biologi Tenaga Tumbuhan di bawah Pusat Kecemerlangan ARC, Universiti Australia Barat; dan kemudahan di Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO) yang merupakan agensi penyelidikan utama Australia di Canberra.

Dalam lawatan itu beberapa kerjasama turut ditandatangani seperti persetujuan Australia untuk memulakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Industri Kambing Malaysia (PPIKM) dan membantu Malaysia membentuk Pelan Pembangunan Industri Lembu.

Selain itu pada mesyuarat tahunan Kumpulan Kerjasama Malaysia-Australia Mengenai Pertanian, Australia bersetuju untuk memberi keutamaan menyelesaikan isu kesukaran buah-buahan Malaysia memasuki pasaran negara itu khususnya berkaitan nanas.

Sementara itu, Mustapa berkata, keupayaan Australia Barat memanfaatkan sains dan teknologi bagi meminimumkan kos tetapi pada masa sama meningkatkan pulangan perlu dicontohi.

''Ini yang perlu kita contohi dalam usaha kita untuk menjadikan bidang pertanian kita berdaya maju, mampu untuk memenuhi keperluan negara dan pada masa sama meningkatkan pendapatan petani dan penternak yang secara tidak langsung mampu mengangkat taraf hidup masyarakat luar bandar," katanya.

Beliau menambah telah banyak kemajuan yang dikecapi dalam hubungan pertanian dengan Australia. Namun ia masih belum memadai kerana usaha di peringkat tempatan perlu dilipat gandakan. Dalam hal ini katanya, peranan sektor swasta amat penting bagi membantu kerajaan mengangkat martabat pertanian.

''Sebagai contoh sasaran negara untuk mencapai satu juta kambing atau 35 peratus daripada keperluan negara menjelang 2015 tidak akan tercapai tanpa penyertaan swasta. Setiap tahun kita hanya mempunyai dana berjumlah RM22.5 juta untuk membawa masuk 15,000 baka kambing. Dengan angka ini sukar untuk kita mencapai sasaran itu kecuali dengan penglibatan sektor swasta," katanya.

Beliau berharap kerjasama dengan Australia akan mampu menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam skala besar, selari dengan hasrat untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi bagi kegunaan negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Batik motif bunga menjalar jadi rebutan


FAIRUZ Wan Kadir (dua dari kanan) tidak menang tangan melayan pelanggan yang menggemari motif batiknya.

Batik lukis bukan sahaja unik kerana coraknya cantik tetapi sering dikaitkan dengan kreativiti si pelukis yang menggunakan daya imaginasi bagi menzahirkan idea di atas sehelai kain putih.

Situasi tersebut menarik minat kebanyakan wanita mengabadikan keindahan batik untuk ditampilkan pada pakaian tradisi seperti kurung dan kebaya. Begitu juga lelaki yang tidak terkecuali memilih batik ketika menyarung kemeja.

Perkara tersebut diakui oleh seorang pengusaha batik di Kota Bharu, Kelantan, Fairuz Wan Kadir, 31, yang telah mengusahakan batik lebih 10 tahun lalu.Menurut Fairuz, kain yang lembut dan beralun lebih diminati pelanggan yang rata-rata memilihnya untuk dijadikan kurung berbanding kain kapas yang lebih sesuai dibuat kaftan."Selain jenis kain, corak juga mempengaruhi minat pembeli. Selari dengan perubahan masa, batik turut mengalami inovasi dalam rekaan dan corak yang kini lebih bersifat kontemporari," ujarnya ketika ditemui di syarikatnya, Hanafi Batik.Tambahnya, lonjakan permintaan turut mendorong pengusaha bersama-sama pelukis mencari pelbagai idea baru untuk diterjemahkan dalam bentuk corak yang menarik.

Katanya, batik corak Sri Endon yang mengambil sempena nama Allahyarhamah Datin Seri Endon adalah motif paling popular."Corak batik Sri Endon menampilkan motif bunga yang mempunyai warna yang pelbagai dalam kelopak bunga menjalar. Latarnya polos dengan nada-nada pastel untuk menonjolkan bunga lebih segar dan menyerlah," ujarnya.

Fairuz, yang berkahwin dengan Ghazali Mohd. Din, 56, yang juga merupakan seorang pengusaha batik berjaya di Kelantan memberitahu, corak batik kini banyak dipengaruhi oleh idea baru yang lebih berani dan segar."Kebanyakan pelanggan dari Kuala Lumpur memilih batik corak Sri Endon kerana masih mengekalkan ketulenan corak batik semula jadi.

"Corak tersebut dihasilkan menggunakan teknik canting iaitu sejenis alat melukis batik tradisional dan warna yang dipilih lebih cerah seperti merah cili, oren pinang, biru laut, hijau pucuk pisang atau ungu terang," katanya.Bagaimanapun, ujarnya, selepas disuntik dengan elemen baru dan lama, di kalangan pelanggan yang bercita rasa moden terutama pelancong Barat, mereka lebih gemarkan corak jarum emas, embun, renjis, retak dengan gabungan warna-warna pastel dan kusam."Bagi menghasilkan corak-corak tersebut, teknik berus digunakan untuk menggantikan canting. Pelukis bebas melahirkan idea dengan cara merenjis berus yang direndam di dalam lilin secara terus ke kain namun dalam keadaan terkawal."Hasilnya, selepas lilin tanggal, kesan renjisan akan muncul di kain dan terhasil corak menarik selepas bergabung dengan motif asal," jelasnya.

Memiliki kelebihan mengendalikan proses membuat batik selepas mewarisi daripada ayahnya yang juga pengusaha batik sejak kecil, Fairuz turut melakukan pemilihan jenis fabrik, merancang corak dan motif, mencanting, memasukkan warna, proses pengeringan hinggalah ke urusan pemasaran.Dibantu 10 pekerja di kilang, Fairuz memberitahu, kira-kira 30 pasang kain ela sepanjang empat meter siap bercorak dikeluarkan dalam seminggu namun jumlah tersebut berganda menjelang musim perayaan."Batik yang mempunyai latar ular sawa dengan motif bunga menjalar antara corak terbaru yang diperkenalkan di sini dan mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan."Terdapat beratus-ratus corak batik yang dikeluarkan oleh pengusaha mengikut kreativiti masing-masing di samping mengikut cita rasa pelanggan," katanya.Selain kain meter, Hanafi Batik turut menawarkan kurung, kebaya, kemeja lelaki batik yang telah siap dijahit termasuk kaftan pelbagai corak dan saiz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Contohi jaringan peniaga Cina seberang laut

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Umat Islam perlu memperkasa ekonomi dengan memantapkan jaringan perniagaan dan perdagangan Islam di peringkat tempatan serta antarabangsa.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah sedemikian boleh dilakukan dengan mencontohi konglomerat Cina di seberang laut yang menjadi penyumbang modal terbesar kepada ahli perniagaan mereka di seluruh dunia.Katanya, konglomerat Cina ini menubuhkan jaringan tidak formal dinamakan bamboo networking (jaringan buluh) berasaskan sikap saling mempercayai antara satu sama lain.

Bamboo networking ini telah menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi masyarakat Cina di negara-negara Asia seperti di Singapura, Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina, Vietnam dan China.''Kebangkitan negara China sebagai kuasa ekonomi dunia juga banyak disumbangkan oleh peranan masyarakat Cina seberang laut terutamanya di Asia Tenggara yang merupakan antara penanam modal utama di negara itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk Memperkasa Ekonomi Ummah Melalui Pemantapan Jaringan Tempatan dan Penerokaan Berkesan dalam Pasaran Global: Persiapan Mendepani Cabaran Baru Ekonomi Dunia pada Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini.

Kertas kerja beliau dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Abdul Rahman Mamat.Muhyiddin memberitahu, walaupun wujud perbezaan dari segi demografi, budaya dan agama, tetapi konglomerat Cina seberang laut masih berjaya dan umat Islam juga berpotensi untuk melakukan perkara yang sama.

Tegasnya, umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.8 bilion orang yang mana 61 peratus atau 1.1 bilion berada di Eropah, Amerika Utara dan Asia yang merupakan pusat-pusat utama pertumbuhan ekonomi dunia.''Jumlah umat Islam ini merupakan pengguna utama barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh komuniti perniagaan dan perdagangan Islam di samping dapat membuka peluang membina jaringan perniagaan global," katanya.

Beliau memberitahu, industri makanan halal yang dianggarkan sebanyak RM2 trilion (AS$547 bilion) setahun berpotensi menjadi pemangkin kepada pemantapan jaringan global komuniti perniagaan dan perdagangan Islam.

Katanya, apa yang perlu dilakukan ialah mempergiatkan usaha membentuk jaringan kerjasama global yang meliputi aspek pemprosesan makanan, pemasaran, penyediaan modal, penyelidikan dan pembangunan.Muhyiddin menambah, ahli perniagaan Islam juga perlu memberi penekanan kepada aspek penjenamaan untuk meningkatkan pemasaran produk atau perkhidmatan yang ditawarkan terutama dalam industri halal.''Penjenamaan ini bukan sahaja menitikberatkan unsur syariah, tetapi termasuk tahap ataupun piawai penyediaan perkhidmatan serta barangan yang bermutu tinggi," katanya.Berkaitan dengan penyelidikan dan penerokaan dalam industri baru, beliau meminta keutamaan diberikan kepada bidang tenaga alternatif seperti biofuel yang boleh menggantikan petroleum sebagai sumber tenaga utama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tips Memulakan Bisnes Kecil..


Mungkin tips ini kurang begitu populer buat kawan-kawan yang sudah matang dengan limpahan modal yang besar. Tapi, berangkat dari pengalaman, baik dari pribadi maupun dari kampiun bisnis, boleh jadi tips ini merupakan tips bisnis yang manjur.

Sebelum menemukan dunia perniagaan, saya sudah melakukan beberapa bisnis kecil-kecilan. Namun demikian, banyak yang rontok ditengah jalan. Berikut ini, riwayat bisnis yang pernah saya alam.

1. Makanan kering di Balikpapan. Makanan saya datangkan dari Jawa, dan akhirnya saya tutup.

2. Sempat ngimpor sandal dari Jawa Timur, akhirnya macet juga.

3. Ternak kambing, ini saya kembangkan di Blitar, dengan sistem gaduh untuk membantu guru-guru TPA. Alhamdulillah jalan, sebenarnya ingin mengembangan kedalam skala yang lebih besar. Namun setelah saya evaluasi nampaknya kurang memungkinkan

4. Menanam ubi Cilembu, tertarik ubi ajaib dari Cilembu-Pamulihan-Sumedang ini, saya coba kembangkan di kampung saya, namun ternyata si ubi madu ini berubah rasa. Maka, usaha inipun saya hentikan.

5. Digital printing, alhamdullillah kini sedang kita kembangkan.

6. Dan terakhir adalah grosir baju muslim. Alhamdulillah, usaha ini nampaknya yang paling cocok dengan karakter saya yang suka design grafis & fotografi.

Belajar dari rentetan memulai bisnis ini, ternyata kita semua memiliki nilai kegagalan tertentu. Saya berprinsip, kegagalan itu harus dihabiskan, syukur-syukur sebelum 40 tahun.

Kemudian, pelajaran lain. Sebelum kita terjun kedalam dunia bisnis yang akan menjadi pilihan kita, perlu kita uji dulu, apakah bisnis ini layak dikembangkan atau tida. Ada profit dan pelanggannya tida serta bagaimana prospek kedepannya.

Untuk meraba bisnis yang akan kita pilih, ada baiknya lakukan test & measure. Untuk itu, mulailah dari yang terkecil, jika bisnis dinilai layak tumbuh, seriusi dan fokus serta tekun, jika tidak, ya tinggalkanlah. Insya Allah, akan ada jalan terbaik untuk pilihan bisnis kita.

Langkah ini, akan meminimalkan modal dan waktu anda. Jangan sampai sudah invest gede, ternyata tidak membuahkan hasil. Dan, carilah yang terdekat dengan kaki anda, sebelum meneropong peluang bisnis yang jauh dari diri anda.

Kunci dari semua ini adalah 'just do it'
Gagasan yang luar biasa, ide bisnis yang luar biasa, akan hanya menjadi bunga tidur jika tidak dieksekusi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Berbisnis dengan Filosofi Bambu

Pernah dengar sebuah istilah negeri tirai bambu, yup! Pasti terbayang
negeri China. Mengapa mereka menamainya negerinya dengan sebuah pohon,
yang sepertinya tidak begitu terlihat istimewanya.


Kita sering melihat pohon bambu saat dalam sebuah perjalanan. Pohon ini
seringkali kita lihat dihutan belukar, ngarai, tepi sungai atau
didataran rendah yang panas. Kalau dimusim hujan, nampak begitu rimbun
menyedapkan mata. Saat musim panas, daunnya sebagaian menguning tatkala
rumput sekitarnya terbakar matahari.


Ada beraneka pohon bampu, mulai dari jenis petung, apus, tulup, bambu
kuning dan banyak lagi variannya. Nah, mari kita lihat, apa istimewanya
pohon bambu ini.

Pohon bambu adalah pohon yang filosofis, yang filosofinya bisa kita
pakai dalam kehidupan maupun bisnis. Lao Tse pernah bilang tentang pohon
bambu "Sekalipun bambu meliuk diterpa angin, dia mempunyai pegangan,
akarnya menghujam ketanah
".

Tanaman bambu akan tumbuh pada empat tahun pertama menanam, tidak ada
pertumbuhan signifikan, karena pada empat tahun pertama tersebut bambu
memperkuat system pengakarannya kedalam tanah yang dalam. Mencengkeram
tanah untuk menopang batang pohon yang semakin meninggi keatas.Setelah
pertumbuhan tahun kelima, bambu baru menunjukkan pertumbuhannya keatas yang
sangat cepat dan sangat tinggi. Lalu ketika orang menebang pohon bambu
itu maka orang hanya dapat memotong dan menggergaji bagian pangkalnya,
tapi tidak akan bisa mencabut akarnya.

Pelajaran filosofis yang dapat kita ambil dari bambu dalam bisnis adalah
membangun fundamental terlebih dahulu. Misal, membangun kerjasama,
memperkuat system, dan sebagainya. Sehingga, sukses dikemudian hari
menjadi sukses yang sesungguhnya karena dibangun dengan kesabaran dan
kegigihan. Kebanyakan orang kini menginginkan kesuksesan isnta dan tidak
sabar dalam menjalani proses dan kegagalan.

Pelajaran lain yang dapat kita ambil dari pohon ini adalah :


1. Bambu adalah tanaman rumput, tapi bambu dapat mengekspresikan diri
sedemikain rupa sehingga mampu menghadirkan manfaat. Ini menunjukkan
latar belakang tidaklah mempengaruhi kesuksesan seseorang, selama terus
berkomitmen untuk sukses.

2. Konon, setelah Hiroshima & Nagasaki dibom, bambu adalah pohon yang
pertama kali tumbuh
. Ini menunjukkan, tentang betapa pentingnya untuk
selalu bangkit dari keterpurukan dan kehancuran. Bambu membuktikan hal
itu.

3. Bambu memiliki fleksibilitas tinggi. Jarang dijumpai bambu roboh
diterjang badai. Dalam dunia bisnis, penting banget kesehatan mental.
Salah satu kematangan mental adalah pribadi yang fleksibel, tidak kaku,
berbesar hati, bersabar dan lapang dada. Sikap ini akan menjadi obor
disaat gelap menerpa dan disaat terjangan badai menimpa.

Ada baiknya, kini kita belajar kearifan pada sebuah rumpun bambu. Yang
seringkali kita lihat keindahannya, jangan hanya mengagumi lambaian
rimbun lidah daunnya yang diterpa angin. Mari kita belajar yang lebih
esensi, bagaimana pohon bambu mengelola kehidupannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Cara Sederhana Membuat Masterplan Bisnis

Puyeng juga baca buku-buku text book tentang bisnis. Rata-rata tebel dan
lihat saja sudah mengurangi mood membaca. Belum lagi kalau buku itu
terlampau konseptual, kadang banyak makan pikiran. Tapi ini proses yang
harus dijalani. Business by the book.

Rumusan-rumusan dari pakar, merupakan intisari dari pemikiran dan
kejadian lapangan. Sehingga memang patut juga kita jadikan rujukan.
Namun demikian, dengan semakin banyaknya rujukan kadang bikin kita
pening, mau eksekusi teori yang mana.

Ada pengalaman menarik yang coba saya share. Ditengah melimpahnya
informasi, kita sering dibuat bingung informasi mana yang akan kita
telan. Belum lagi kapasitas memori kita yang terbatas untuk mengingat
begitu banyak dan derasnya aliran informasi.

Metode ini menggunakan metode ATM [Amati, Tiru & Modifikasi]. Metode ini
cukup ampuh ditengah derasnya curahan informasi. Untuk memulai ATM,
langkah penting yang dilakukan adalah benchmarking [studi banding].
Lihat aja bisnis yang satu lini dengan kita, kalau bisa yang paling top.
Kemudian petakan milestone-nya, bagaimana mereka memulai usaha dari
kecil sampai saat ini.

Langkah selanjutnya, buat pola dan modifikasi. Kemudian, kelompokkan
kedalam fase-fase pengembangan. Berikutnya petakan bisnis kita, ada
difase mana.

Nah, setelah fase kita ketahui dari benchmark, maka lakukan apa yang
dilakukan perusahaan yang kita benchmark, lakukan apa yang berhasil dan
hindari apa yang membuat gagal. Lanjutkan dengan modifikasi strategi
sesuai dengan kondisi aktual.

Selanjutnya, telaten dan bersabarlah dalam melewati fase-fase itu,
syukur-syukur bisa melakukan inovasi dan percepatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bisnis Baju Muslim, dari Red Ocean to Blue Ocean

Sebagai new comer dalam industri garmen baju muslim, saya mendapat
banyak pelajaran. Setidaknya dari mulai mengenal, mendalami dan
menghayati.


Semua ini terjadi karena action, saya ndak tahu seandainya saya ndak
action masuk kedalam industri garmen, barangkali tak banyak yang saya
tahu tentang industri ini.

Industri garmen memang memiliki siklus, siklus booming terjadi dua bulan
menjelang lebaran, dan siklus sepi paska lebaran. Naik lagi saat lebaran
haji, dan kemudian melemah lagi saat paska haji hingga menjelang
ramadhan.


Pertanyaan menarik, bagaimana seorang pengrajin baju muslim bisa hidup.
Mereka biasanya saat musim sepi melakukan 'puasa'. Dan saat musim ramai
mereka menggenjot produksi. Nah, dari omset saat ramai inilah mereka
melakukan saving untuk mengantisipasi musim paceklik. Maklum, busana
muslim di Indonesia ini masih masuk kategori musiman.


Bahkan, ada pengrajin busana muslim harus rela banting stir memproduksi
baju-baju umum saat musim sepi. Ini dilakukan, agar tetap berproduksi.

Semua ini terjadi karena mereka bertempur dalam 'red zone', sehingga
yang menjadi keunggulan kompetitif ada pada sisi harga. Mereka terus
menggerus laba dengan menjual semurah mungkin. Pertempuran antar
pengrajin terjadi. Dan siklus itu terus berulang.


Ada beberapa pengrajin yang telah memiliki jam terbang tinggi. Mereka
menghindari pada pertempuran harga dan naik melalui diverensiasi produk.
Dalam rumus pemasaran, jika tidak memiliki diferensiasi, maka yang
terjadi adalah perang harga.


Nah inilah yang coba kita hindari. Perang harga boleh, namun ini bisa
berakibat pengrajin hidup di bawah garis merah dan jika siklus ini terus
berlangsung dapat mencekik pengrajin itu sendiri.


Mari bermigrasi dari 'red ocean' ke 'blue ocean'. Dari berdarah-darah ke
kemakmuran yang berlimpah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mengapa Produksi Busana Muslim Tidak Pernah Besar

Sebagai new comer dalam industri Garmen, khususnya busana muslim banyak hal yang saya alami, setidaknya dalam kurun 8 bulan ini telah memberi pelajaran berharga bagi saya pribadi.

Saya & istri telah banyak melakukan roadshow, bahkan kalau dihitung hampir setiap minggu saya mengadakan kegiatan door to door mencari pemasok. Dari silaturahmi dan bisnis ini saya banyak mendapat pelajaran tentang suka duka bisnis garmen.

Tentu, ini menjadi pelajaran berharga bagi saya, apalagi diawal memulai usaha saya hanya bermodal spirit. Namun, sebagaimana pepatah "man jadda, jadda", barangsiapa yang bersungguh-sungguh maka akan mendapatkanya. Jadi kalau saya lihat perkembangan http://www.grosirbagus.com sampai sekarang semata-mata karena pertolongan Allah semata yang ditunkan karena ikhtiar tersebut.

Dari pejalanan 8 bulan ini, ada beberapa catatan saya yang penting disimak bagi yang ingin terjun dalam industri garmen, agar bisnis tidak stagnan :

1. Integritas. Terkait dengan garansi mutu produk, jumlah, dan layanan yang mengikutinya.

2. Manajemen Supply & Demand. Manajemen inventori menjadi demikian penting, tanpa manajemen yang baik tidak akan mendapatkan keuntungan yang optimal.

3. Jaga jangan terjebak dalam komoditi. Jika ini terjadi, kita masuk dalam laut merah yang tidak ada ujungya. Yang terjadi adalah perang harga yang ujung-ujungnya margin semakin tipis dan gulung tikar.

4. Konsistensi & Fokus. Menjaga konsistensi menjadi sedemikian penting. Umumnya ketika dapat order awal mengerjakan produk dengan baik, namun seiring dengan berkembangan permintaan terjadi penurunan produk.

5. Manajemen yang baik. Banyak saya temui, usaha garmen dikelola dengan gaya warung. Dalam skala pertumbuhan boleh, namun siiring dengan naiknya permintaan metode seperti ini akan menyembabkan kesengsaraan. Banyak usaha garmen yang hidup segan mati tak mau dan tetap kerdil karena dikelola dengan cara ini.

Demikian, 5 hal yang patut kita waspadai, agar kita bisa sustain & growth. Dari pelajarn ini, saya memulai serius menggarap produksi garmen paska lebaran. Demikian resolusi yang saya tetapkan. Semoga Allag memberi kemudahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Peluang Bisnis Busana Muslim Sangat Prospektif

Mengapa saya begitu optimis dengan statement diatas. Karena saya melihat
pertumbuhan potensi kastemer busana muslim yang terus meningkat.

Pertama dari sisi potensi market, Indonesia mayoritas muslim,
setidaknya ada 86% penduduk Indonesia mengaku muslim.

Kedua, ada indikasi yang kuat naiknya tingkat kesadaran masyarakat
muslim akan menjalankan syariat. Ini bisa kita lihat betapa maraknya
TK/SD IT di beberapa kota. Belum lagi menjamurnya majelis taklim di kota
dan di desa. Indikasi riil adalah, betapa meningkatnya orang menggunakan
busana muslim & jilbab dalam setiap event.

Ketiga, bergesernya busana muslim dari busana musiman menjadi busana
harian. Dulu, orang menggunakan busana muslim saat menghadapi lebaran
atau hari besar Islam. Tapi kini tidak lagi, orang kekondangan atau anak
sekolah ke TPA sudah terbiasa menggunakan busana muslim.

Keempat, booming sinetron religi juga memberikan impak bagi produsen
busana muslim mendrive kreatifitas. Banyak sekali metode ATM (Amati,
Tiru dan Modifikasi) yang dimulai dari busana yang digunakan pesinetron.

Kelima, busana muslim sudah masuk dalam fase life style. Dulu, busana
muslim diidentikkan dengan stigma yang kuang baik, semisal kampungan,
kondangan dan pengajian. Namun, seiring dengan naiknya tingkat kesadaran
kaum muslimin akan ajaran Islam terjadi pergeseran paradigma yang kuat.
Dari sesuatu yang dihindari menjadi sesuatu yang dibutuhkan. Bahkan,
kini memakai busana muslim merupakan sarana untuk meningkatkan
kepercayaan diri. Agar tampil lebih cantik.

Hal menarik lain, mengapa peluang ini sangat besar adalah belum masuknya
usaha skala besar dalam industri ini. Jika saja kita masuk dalam
industri ini dan dikelola secara profesional, saya yakin akan tumbuh
dengan sehat dan baik. Karena dari hasil pengamatan saya, industri
garmen muslim dikelola secara home industri skala rumahan, nah jika
dikelola secara mass industri pastilah dapat mereduksi cost, control
quality yang lebih bagus dan tentu dengan kualitas desain yang wow & aha.

Belum lagi kalau dibenahi sisi distribusi dan marketingnya, pasti akan
tumbuh besar dan modern, setidaknya bisa sejajar dengan industri garmen
anak, pakaian dalam dan kaos yang selama ini telah leading dan menemukan
marketnya.

Demikian, semoga kita bisa mengambil peluang berharga ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mencipta dan Mengelola Merek

Bagi seorang entrepreneur, menghindari produk menjadi komoditas adalah sebuah keharusan. Mengapa demikian, karena jika produk kita masuk menjadi komoditas yang terjadi adalah perang harga. Sebuah strategi kompetisi yang menurut para pakar adalah strategi paling akhir. Ketika semua strategi bersaing tak ada impactnya, titik akhir adalah memainkan harga rendah dibawah kompetitor. Tentu cara ini adalah cara yang paling dihindari sebisa mungkin, karena akan mengurangi profit margin dan berujung pada gulung tikar.

Nah, bagaimana agar tidak terjebak dalam komoditas. Salah satunya adalah manajemen merek. Sebuah merek yang baik akan mendongkrak penjualan. Mereklah yang membedakan antara kita dengan produk lainnya. Mereklah yang menari konsumen untuk membeli.

Namun demikian, banyak pengusaha yang tidak begitu peduli dengan merek. Padahal kalau dikelola dengan baik akan mengerek tingkat penjualan. Nah, berikut ini tips menciptan dan mengelola merek agar bejaya.

1.Merek harus bias menginformasikan diri anda
Sebisa mungkin memberi nama merek dapat menginformasikan produknya. Sehingga dengan menyebut sebuah merek sudah bisa bayangkan jenis produk yang dibawa merek tersebut. Tak selamanya orang membeli produk karena alasan fungsional dari produk yang bersangkutan

2.Merek harus singkat, gampang dieja, gampang dibaca, gampang diucapkan dan gampang diingat. Buat sesimpel mungkin sehingga memudahkan pelanggan mengenali.

3.Merek harus bisa menceritakan kompetensi Anda
Sebisa mungkin merek dapat menggambarkan kondisi dan bisnis anda. Dengan demikian merek bisa mengerek produk anda sebelum produk anda mengerek merek.

4.Merek harus unik
Semakin unik, semakin diingat orang. Merek yang umum akan menjadi hal biasa dan tidak menciptakan efek kejut.Merek generic tidak akan muncul di searh engine karena sudah banyak nama lain yang duluan eksis. Merek yang unik akan jauh diperhatikan oleh konsumen. Merek yang unik adalah salah satu elemen utama bagi suksesnya sebuah bisnis.

5.Merek harus bermakna positif
Merek yang menepati janjinya selalu akan menjadi pilihan pertama konsumennya.

6.Merek harus bersifat memaksa.
Tugas sebuah mereklah untuk memaksa pikiran konsumen untuk membeli produk yang ditawarkan dari merek tersebut.

7.Merek harus bias memenuhi kebutuhan psikologis konsumen
Selain kebutuhan fungsional, kebutuhan psikologis tak kalah pentingnya dipertimbangkan. Karena sejatinya merek adalah lebih pada kebutuhan psikologis konsumen.

8.Merek harus bias menjaga janjinya
Tugas merek selain menarik orang untuk membeli produk adalah menepati apa yang menjadi janji yang dipromosikan.

9.Merek harus dijaga keunggulannya
Merek ibarat organisme, harus diberi makan dan dipelihara agar tetap hidup. Tanpa itu merek akan lenyap ditelan perubahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Rahsia Bisnis China

Saya ndak bosan-bosan meresume dan menuliskan rahasia bisnis China. Mengapa ini saya lakukan, pertama saya pengin meremind cara bisnis saya, kedua, menyebarkan rahasia ini untuk dapat dioptimalkan oleh para pebisnis muslim.

Mengapa Rahasia Bisnis China yang coba saya angkat, karena tidak dapat dipungkiri, yang menguasai bisnis dunia adalah adalah bangsa Yahudi dan China. Sehingga mempelajari cara bisnis mereka adalah sesuatu yang baik jika itu dipandang sesuai dengan norma-norma berniaga seorang muslim.

Baiklah, saya paparkan item-itemnya agar kita dapat merefleksikan diri terhadap tatacara kita mengelola bisnis.

1. Bekerja Keras
Buka lebih pagi, tutup lebih malam & kerja lebih keras

2. Hemat Membelanjakan Harta
Hidup sederhana dan tidak membeli barang yang tidak perlu

3. Menahan Diri dalam Rangka Melakukan Penumpukan Modal
Bersusah-susah mebesarkan modal dan memutar sekencangnya

4. Memilih Berdagang dalam Mencari Kesejahteraan
Daripada jadi ekor macan lebih baik jadi kepala ayam

5. Berhati Hati dalam Berbisnis
Melindungi usaha secara maksimal dan mengembangkan secara hati-hati

6. Menabung dalam Bentuk Aset Tetap
Lebih baik menyimpan barang daripada uang.. Uang harus diputar

7. Menghindari Berhutang
Memaksimalkan aset daripada berhutang

8. Never Say No
Apapun peluangnya selalu diambil

9. Konsolidasi dari Lingkaran Dalam
Mengutamakan jaringan dalam daripada jaringan luar

10.Mementingkan Persaudaraan
Komit dengan tumbuh bersama keluarga

11.Mendahulukan Kelompok
Sudah jelas

12.Menjaga Kepercayaan
Tidak punya integritas, tidak ada artinya modal dan skills

13.Memupuk Modal
Selalu berpikir bagaimana omset terus meningkat dan berputar

14.Pandai Berhitung
Pandai berhitung modal dasar dalam bisnis

15.Menjaga Relasi
Mengutamakan repeat buying dan hubungan jangka panjang

16.Menguasai dari Hulu Sampai Hilir
Fokus untuk ekpert dalam satu bidang

17.Tidak Mudah Menyerah
Yang penting bukan seberapa banyak jatuh, tetapi seberapa banyak bangkit

18.Menjaga Nama Baik dan Reputasi
Reputasi yang dibangun tahunan dapat hilang dalam jam

19.Waspada dan Pandai Memanfaatkan Kesempatan
Sensitifitas bisnis yang tinggi

20.Menjiwai Tsun Tsu
Maksimalkan strategi dan taktik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengembangkan Bisnis


Saya sering menemui, baik itu tukang bakso, tukang sate gule, tukang martabak dan pedagang kaki lima lainnya. Pertanyaan yang sering saya lontarkan adalah berapa lama usahanya beroperasi.

Luar biasa, jawabannya bermacam-macam. Ada yang 10 tahun, 17 tahun bahkan ada yang 30 tahun. Kemudian pertanyaan lain yang saya lontarkan adalah berapa lama usaha ini berdiri. Sebuah warung sate gule di Trenggalek, saya tanyai dan menjawab sejak tahun 1928. Pengelola sekarang adalah keturunan ke empat.

Lain lagi dengan pengrajin sepatu terkenal di Blitar, Sepatu Soepangat, yang dulu menjadi kebanggaan warga Blitar. Berdiri sejak tahun 1944. Dan banyak lagi cerita lainnya. Umumnya mereka bertahan puluhan tahun bahkan sampai ke beberapa generasi. Namun ada satu problem, mengapa usaha tersebut kok begitu-begitu saja, tidak tumbuh berkembang sesuai dengan umur usaha yang digelutinya.

Dalam branding pun juga nggak kalah. Hampir seantero kabupaten tahu tentang kualitas masakannya atau produksinya. Tetapi kenapa ndak pernah besar. Belajar dari pengalaman tersebut, saya mau share bagaimaa mengembangkan usaha agar bertumbuh dan berkembang. Berikut ini resepnya.

1.Mastery
Sebuah usaha harus digeluti sampai kita menguasai penuh proses dari awal sampai akhir. Dengan penguasaan ini akan memberikan keunggulan kompetitif dari bisnis yang kita geluti. Dengan memahami bisnis dan perilakunya akan memudahkan kita untuk bertahan sekaligus memberikan nilai tambah. Agar bisa mastery, unsure passion sangat penting. Bisnis yang sesuai dengan kesenangan atau hobby akan memacu kita untuk maju dan bertahan dari krisis.

2.Niche
Agar unggul, sebuah bisnis harus mampu melakukan creating value atau memberi nilai tambah. Kemudian yang tak kalah penting adalah melakukan diferensiasi agar produk tidak terjebak dalam komoditas yang ujung-ujungnya adalah persaingan harga. Untuk itu, sebagai pemula, mengembangkan ceruk pasar lebih tepat dibanding dengan melakukan bisnis yang bersifat general.

3.Leverage
Leverage atau pengungkit perlu dilakukan untuk menambah besar kapitalisasi usaha. Leverage dapat dilakukan dengan banyak cara, semisal efek tornado, atau memutar keuntungan untuk mengembangkan bisnis atau melalui sistematisasi bisnis sehingga terjadi kenaikan efektifitas dan efisiensi bisnis yang tinggi. Atau melalui pemasaran yang massif sehingga mendongkrak penjualan.

4.Team
Sebuah bisnis jika ingin besar, tentu tak dapat kita kelola sendiri. Perlu adanya team work yang solid yang mampu menggerakkan. Bentuklah team dan system sehingga owner bisnis tidak terpaku dalam operasional tetapi lebih dapat focus ke hal-hal yang strategis. Jika usaha membesar, maka perlu dibuat SOP atau standar operasinya. Untuk system yang perlu bangun adalah marketing, control dan SDM. Dengan terciptanya system, maka kendali perusahaan akan semakin mudah.

5.Sinergi
Untuk tumbuh menjadi besar perlu adanya sinergi, baik dari pemasok, internal team dan pelanggan. Dengan adanya sinergi maka akan dapat melakukan efisiensi proses dan biaya.

6.Result
Salah satu goal utama dalam sebuah bisnis adalah memperoleh laba yang optimal. Nah, jika usaha sudah proven, maka bisa dilakukan langkah berikutnya, yaitu Franchise atau go public sehingga kapitalisasinya semakin besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments