Karipap berteknologi tinggi


(Gambar kiri) seorang pekerja mengendalikan proses meletakkan inti karipap menggunakan mesin Rondo Doge sementara gambar kanan Khairulnizam Samshi mempamerkan karipap sejuk beku yang dipasarkan oleh Kay Kay Worldwide Marketing Sdn. Bhd. di kilangnya di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, Seremban, baru-baru ini. - UTUSAN/ HUSSAINI AMRAN

SEREMBAN 15 Mei - Industri penghasilan makanan sejuk beku seperti karipap mempunyai potensi yang tinggi apatah lagi kuih enak kebanggaan Malaysia itu sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Jadi bukan sesuatu yang menghairankan jika industri tersebut hari ini menjadi pilihan banyak usahawan tempatan termasuk di kalangan mereka mengenal potensinya untuk terus dikomersialkan agar ia mampu dipasarkan secara besar-besaran di dalam dan luar negara.Untuk itu, syarikat Anak Tempatan Holding Sdn. Bhd. (ATHSB), membuat pelaburan RM500,000 bagi membangunkan perniagaan karipap sejuk beku keluaran keluarannya.Karipap sejuk beku keluaran syarikat itu mempunyai kelainan yang tersendiri kerana ia dihasilkan melalui mesin pembuat pastri jenama Rondo Doge yang berteknologi tinggi serta dalam persekitaran premis yang bersih.Pengarah Urusan syarikat tersebut, Khairulnizam Samshi, 37, berkata, mesin bernilai RM500,000 yang diimport dari Switzerland itu berupaya membuat sekurang-kurangnya 5,000 karipap dalam tempoh sejam pada kelajuan sederhana dengan tenaga kerja seramai lima orang.Usahawan yang berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan) Universiti Utara Malaysia memberitahu, penggunaan mesin Rondo Doge membantu meningkatkan produktiviti operasi pembuatan karipap dengan ketara.

''Sebelum ini, ATHSB beroperasi di Tangkak, Johor mulai 2001 hingga Jun tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, kami menggunakan kaedah tradisional sepenuhnya dan hanya menghasilkan sehingga 5,000 karipap sehari dengan lima pekerja," ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kilang ATHSB di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai dekat sini baru-baru ini.

Jelas Khairulnizam, salah satu kelebihan mesin pembuat pastri Rondo Doge yang digunakan di kilang ATHSB ialah kemampuannya beroperasi tanpa henti selama 24 jam untuk tempoh tiga bulan berturut-turut.Selain itu, dia yang berasal dari Muar, Johor, berkata, mesin berteknologi komputer berkenaan mudah digunakan dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal mendalam untuk mengendalikannya.''Kami menggunakan mesin Rondo Doge untuk meletakkan inti, menggulung dan seterusnya memotong karipap mengikut acuan yang ditetapkan.''Di samping itu, terdapat dua mesin lain yang berfungsi khusus untuk mengadun serta menguli bahan-bahan bagi menghasilkan kulit karipap dan meleperkannya," ujarnya.Tambah Khairulnizam, secara purata, kilang milik syarikatnya berupaya menghasilkan antara 30,000 hingga 40,000 karipap berintikan ikan sardin, kentang atau ayam dalam sehari.

Menurutnya lagi, ATHSB turut bersedia menghasilkan inti karipap sejuk beku keluarannya mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.''Pelanggan boleh memesan karipap sejuk beku dengan inti lain seperti ikan bilis, udang atau cendawan. Malah, kami juga bersedia mengubah suai tahap kepedasan inti karipap," katanya.Ujar Khairulnizam, syarikatnya merancang untuk menambah lagi satu syif pengeluaran dalam tempoh masa terdekat bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat.

Di samping itu, dia berkata, ATHSB sedang dalam proses memohon piawaian Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) serta persijilan MS ISO 9001:2000.SEREMBAN 15 Mei - Kay Kay Worldwide Marketing Sdn. Bhd. (KKWMSB) ditubuhkan khusus untuk menguruskan pemasaran produk makanan sejuk beku terutamanya karipap yang dihasilkan Anak Tempatan Holding Sdn. Bhd. (ATHSB).Menurut Pengarah Urusan KKWMSB, Kamaruddin Jauhad, 43, syarikatnya sentiasa mengalu-alukan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang berminat menghasilkan karipap secara pengilangan kontrak dan pembungkusan kontrak menerusi kilang ATHSB.

Beliau yang berasal dari Muar, Johor, berkata, konsep pengilangan kontrak dan pembungkusan kontrak sesuai dipraktikkan oleh para pengusaha IKS yang kekurangan modal untuk membiayai pembelian mesin dan penyediaan premis.''Pada masa ini, KKWMSB memberi tumpuan kepada para pengusaha IKS sekitar negeri ini, Melaka dan Lembah Kelang. Selain karipap, kami turut membuat dan memasarkan donat sejuk beku," ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.Kamaruddin yang telah berkecimpung dalam bidang keusahawanan selama 20 tahun memberitahu, karipap sejuk beku dipasarkan oleh KKWMSB dalam pek 25 biji atau 50 biji.Tambahnya, syarikatnya sentiasa bersedia membekalkan karipap sejuk beku dengan kuantiti setiap pek yang lebih besar mengikut permintaan pelanggan.

''Pengusaha IKS yang ingin memasarkan karipap sejuk beku dengan jenama sendiri boleh berbuat demikian melalui khidmat pembungkusan kontrak yang kami tawarkan," jelasnya.Selain pengusaha IKS, ujar Kamaruddin, KKWMSB turut bersedia membekalkan karipap sejuk beku kepada pasar raya besar, kedai runcit, hotel, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan serta kem Pusat Latihan Khidmat Negara.Dia berkata, tiada sebarang caj penghantaran dikenakan ke atas pelanggan di sekitar negeri ini, Melaka dan Lembah Klang yang membuat pesanan minimum 5,000 karipap sejuk beku.

''Bagi pesanan dengan kuantiti yang lebih kecil, pelanggan perlu membayar kos pengangkutan atau mereka boleh datang sendiri ke kilang ATHSB di No. 113, Jalan Nilai 3/12, Kawasan Perindustrian Nilai 3, dekat sini.''Pelanggan digalakkan datang semasa kilang kami beroperasi iaitu dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang, setiap Isnin hingga Sabtu," jelasnya.Menurut Kamaruddin, pesanan boleh dibuat dengan menghubunginya di talian 016-6605375 atau Khairulnizam Samshi di talian 012-7396768.Di samping itu, dia berkata, KKWMSB turut menerima pesanan atau sebarang pertanyaan melalui faksimile di talian 06-7998580 serta e-mel di alamat 'King.karipap@gmail.com'.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

ramlee said...

assalamualaikum,,,,
blh xsye dptkn maklumat mgnai mesin untk mmbt mknn sejuk beku????cnth nye mesin uli tepung,mesin pmbungkusan,dll....